June 22, 2015

UKM 13 : MAHKAMAH DUNIA

Tiada dalam gambar : Zubir FST



29 Jun 2015 - Kami bakal dibicarakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang secara bergilir-gilir.

Perbicaraan aku, insyaAllah pada jam 1 petang. Sungguh ini hanya mahakamah dunia dan aku rasakan tidak perlu takut kerana dihadapanku nanti hanyalah manusia yang tidak dipenuhi sifat kemanusiaan yang sebenar. Mana mungkin manusia yang berhati perut melakukan sebegini kepada anak-anak didiknya. Ya, mungkin disebab kami tidak menjadi anak didik tetap dan pengampu kesayangan orang atasan menyebabkan kami diludah sebegini rupa. Memberikan idea, langsung tidak diterima inikan pula mahu bergerak kerja bersama walhal kami merupakan wakil Kepimpian Pelajar yang dipilih Mahasiswa UKM sendiri untuk memegang tampuk Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia PMUKM.



Buat Pentadbiran atasan :
Buatlah apa yang kalian rasakan memberi kebahagaian dan ketenangan dalam hati kalian kerana kami bukan manusia biasa yang boleh dilubangkan hidung dan diletakkan tali lantas mengikut sahaja rentak sang Tuan yang tak sempurna. Buat pemerintah yang zalim, bahagialah dikau melayan kami sebegni rupa seperti kalian tidak pernah mempunyai anak. Aku percaya HUKUM KARMA. !


Buat pemerintah yang zalim. Ingatlah mati itu tidak mengenal masa. Ya, hari ini kamu hidup bersenang lenang, gelak ketawa melihat kami dipermainkan sebegini rupa hanya kerana kami menuntut HAK ASAS SEORANG MAHASISWA. Hanya TUNTUT AIR, kami dihadapkan di bicarakan. Jika tidak dapat kami buktikan disini, Mahkamah AKHIRAT lebih adil. Allah swt Maha Kuasa. Hanya doa dan solat hajat menjadi senjata waktu ini.

Kenangan ini akan aku simpan. Amat indah untuk aku lupakan. :')




Doaku untuk kami...
Semoga,
Apa yang meletihkanmu akan Allah gantikan,
Dengan kerehatan yang berpanjangan di syurga.


Semoga,
Apa yang telah engkau cuba sedaya upaya,
Untuk melaksanakan ketaatan kepadaNya,
Akan dikira dengan teliti walau sebutir zarah,
tetapi sangat tinggi nilaiannya di sisi Allah.


Semoga,
Dengan kita meredhai semua amanah yang diberikanNya,
Moga Allah lebih-lebih lagi meredhai seluruh hidup kita.


Semoga,
Istiqamah tidak pernah luntur dalam kamus perjuangan,
Tetap thabat dalam perjuangan mencari redha Tuhan.


Semoga,
Allah kurniakan bagimu kekuatan luar biasa,
Untuk terus engkau sumbangkan bakti dan jasa,
Untuk dakwah dan ummah seluruhnya.


Semoga,
Tintaku yang secebis ini mampu membuahkan kembali
sebuah hamasah dan tarbiah
untuk sentiasa dekat dengan Allah...

June 13, 2015

S.E.N.Y.U.M

Bismillah, alhamdulillah...

Dunia senyumlah pada diriku tatkala hati ini masih cuba belajar tersenyum sendiri.

Senyum, perkataan mudah.. tetapi hanya manusia luas biasa dapat memahami senyuman itu ikhlas atau tidak. Sebab aku manusia jenis susah memberikan senyum melainkan itu senyuman paksaan, hmmm..Sebab utama, aku mahukan orang disekelilingku tersenyum dan aku Amat BAHAGIA melihat mereka tergelak dan tersenyum. Noktah



Ok Assalamualaikum. Diari Ramadhanku beberapa hari lagi. :')

April 23, 2015

SISWI KOMPETEN : EKSPLORASI SISWI 2015

Eksplorasi Siswi anjuran PMUKM berjaya dijalankan pada 18 - 19 April yang lalu bertempat di Redtma Recreation Sport Centre, Melaka bersama para siswi UKM yang begitu lasak melaksanakan pelbagai aktiviti di sana. Seramai 36 orang peserta siswi bersama 9 orang Ahli jawatankuasa menyertai program Eksplorasi Siswi selama 2 hari 1 malam. Program ini merupakan inisiatif awal untuk membentuk stamina dalam diri seseorang mahasiswi melalui sukan dan riadah yang telah dijalankan.


Program Eksplorasi Siswi bertemakan "Gather The Girls and Get Fit" adalah untuk meraikan mahasiswi UKM yang aktif mahupun pasif dalam bidang kepemimpinan dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak agar siswi UKM sentiasa aktif dan kekal sihat. Antara aktiviti yang di jalankan dalam tempoh 2 hari 1 malam adalah "Abseiling", Memanah, Rakit, "River Crossing", Senamrobik, dan "Night Walk". Kesemua aktiviti ini diketuai oleh pihak Redtma sendiri dengan penyediaan langkah keselamatan yang lebih lengkap. Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat membina keberanian peserta tetapi disamping membina tahap keyakinan dan kepimpinan sesebuah kumpulan.




Selain itu, bagi menguji tahap pemikiran peserta siswi,kami telah mengadakan slot debat dengan membawa tajuk "Relevankan wanita sebagai pemimpin". Amat mengujakan apabila setiap peserta amat aktif dalam menyuarakan pendapat dan seorang demi seorang bangun dalam memberikan pendapat yang berbeza-beza. Ada di antara mereka yang bersetuju dan ada yang memberikan pendapat tidak kerana masih memerlukan lelaki sebagai pemimpin yang lebih berwibawa. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan dapat dihabiskan dalam masa dua hari.


Di pihak PMUKM mengucapkan tahniah dan terima kasih buat peserta siswi UKM kerana sudi menyertai aktiviti ini. Siswi UKM Awesome !

April 2, 2015

MANIFESTO : PENTAS PIDATO MAHASISWA 2.0

Alhamdulillah, selesai berpencak di Pentas Pidato Mahasiswa pada hari ini dengan membawa tajuk "Hak Mahasiswa" dibawah seliaan saya PM Ukm.

Mahasiswa sebagai masyarakat intelektual dan sekaligus sebagai warganegara tentu saja memiliki hak dan tanggungjawab yang tidak ringan.Disebabkan idealnya mahasiswa dituntut bukan hanya untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi lebih daripada itu juga harus kritis terhadap isu-isu semasa yang berlaku.


Tahniah dan terima kasih buat wakil pemidato hari ini :
1. Asheeq Ali - Fakulti Undang-undang
2. Nabihah Basri - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
3. Nik Amri Syahirran - Fakulti Pengajian Islam

dan terima kasih Pengerusi pidato hari ini, iaitu saudari Farhana Nuratiqah Redzuan.

Justeru itu, dapat disimpulkan berkaitan pidato hari ini adalah berkaitan hak mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa, sudah pasti kita mempunyai pelbagai hak dan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Jadilah seorang mahasiswa yang berani dan tidak hanya terperuk di celahan rimbun "atasan". Antara hak mahasiswa yang biasa menjadi bualan :

1. Menggunakan kebebasan akademik secara bertanggungjawab untuk menuntut dan mengkaji ilmu sesuai dengan lingkungan akademik.

2. Memperoleh pengajaran sebaik-baiknya dan layanan bidang akademik sesuai dengan minat, bakat, kebenaran dan kemampuan.

3. Mengikut serta dalam kegiatan organisasi mahasiswa Universiti.
dan sebagainya.








"Saya Mahasiswa, Bukan Pengampu Pentadbiran"

‪#‎pmukm‬ ‪#‎SpeakerCorner‬ ‪#‎LetsMakeHistory‬ ‪#‎PentasPidatoMahasiswa‬‪#‎PPM‬

Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
Naib Yang Dipertua II
PMUKM

March 24, 2015

SISWI : BE INSPIRED

Siswi UKM
Sebuah platform kepada mahasiswi khususnya : Melahirkan siswi yang lebih dinamik dan sarat dengan prinsip serta tidak goyah dengan sebarang cabaran.

like page Siswi : Be Inspired




March 20, 2015

AKU YANG SEKARANG BUKAN YANG DULU

Program Motivasi @ Kepimpinan bersama adik-adik Sekolah Menengah dari Kulim, Kedah yang dikendalikan kami berempat, wakil PM Ukm. Memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan dunia Universiti hari ini.

Dalam slot "Aku yang sekarang, bukan yang dulu", aku memberi perkongsian pengalaman bagaimana diri menjadi "aku yang hari ini". Mereka punyai matlamat dan aku percaya jalan cerita mereka lagi menarik bermula hari ini. Good luck adik-adik !




March 19, 2015

MANIFESTO : PENTAS PIDATO MAHASISWA

Bismillah, Alhamdulillah selesai sudah Pelancaran Pentas Pidato Mahasiswa anjuran PM Ukm yang bertempat di ruangan Sudut Pidato UKM. Sudut pidato UKM yang kian suram ini cuba dihidupkan kembali rohnya agar menjadi sebuah medan buat mahasiswa melontarkan idea dan komentar seiring menyambut hasrat Naib Canselor UKM yang menginginkan Graduan yang beraspirasi kebangsaan, kompeten dan berdaya saing.

Sehubungan itu, Sudut Pidato ini dihidupkan semula dengan berpandukan beberapa objektif utama iaitu ingin meraikan perbezaan idealisme dalam kalangan mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang berkompeten.



Pelancaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah buat 4 orang wakil mahasiswa kerana berani untuk tampil kehadapan memberikan pidato ringkas dan beberapa cadangan telah diutarakan oleh mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Dipertua PMUKM, saudara Muhammad Sallehudin Khalid diatas perasmian Pentas Pidato Mahasiswa pada hari ini. Sekalung penghargaan juga buatIzwatul Jannah Abd Latif dan Syimah Ibrahim yang merupakan penggerak bersama dalam menjayakan Pentas Pidato Mahasiswa ini.

Harapan saya agar Sudut Pidato Mahasiswa ini akan terus menjadi sudut aktif buat mahasiswa mencorakkan identiti diri sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai pendirian tersendiri. Kerana mahasiswa merupakan generasi emas yang bakal mencorak masa depan negara. Sudut pidato ini juga bukan sebuah platform untuk berpolitik semata-mata, namun ini juga merupakan medan buat seluruh mahasiswa berkongsi kepelbagaian ilmu di bumi UKM ini sendiri.


Pentas Pidato Mahsiswa : Raikan perbezaan idealisme


"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


‪#‎speakercorner‬ ‪#‎LetsMakeHistory‬ ‪#‎pmukm‬ ‪#‎ukm‬ ‪#‎sudutpidato‬


Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
MPP Umum 3/4

March 12, 2015

DISKUSI WANITA : LETS BE MODEST BUT STILL VOGUE

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


11 Mac 2015, alhamdulillah selesai memberikan sedikit perkongsian mengenai "Aurat wanita" dalam program Diskusi Wanita anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Bergandingan bersama artis jemputan Yatt Hamzah dalam diskusi ini memberikan pengalaman baru dan keterujaan hati untuk bersama orang hebat dapat terlaksana. Alhamdulillah. 

Perkongsian pengalaman Yatt Hamzah merantau dunia Islam dalam mencari dan melihat ciptaan Allah swt amat memberikan kesan buat diri. Bilakah diri ini dapat menjejaki Bumi Palestin, Syria, ? Mungkin diri ini belum kuat menggapai impian setinggi itu. Cukup menjadi seorang anak dan wanita solehah buat umi abah. 

Diskusi wanita semalam, banyak diceritakan mengenai aurat wanita, bolehkah wanita berfesyen?, bagaimana istiqomah dalam menutup aurat?. Alhamdulillah, persoalan-persoalan ini dapat dirungkai dan dikongsi bersama sahabat-sahabat UKM. walaupun tidak sebaik ustazah-ustazah diluar, moga memberikan manfaat buat pendengar. :')

Fitrah bermaksud semulajadi. Oleh itu, menutup aurat sama ada lelaki dan wanita itu adalah satu perkara yang semulajadi. Ia juga menjadi kayu ukur keimanan, pembeza antara hamba yang taat dengan insan yang derhaka. Namun tidak kurang juga yang menyangkal dan membangkang, membawa hujah bahawa keimanan letaknya dalam dada, bukan pada penampilan luaran yang boleh dinilai oleh mata.

Aurat Wanita Muslim :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.

Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya. Banyak lagi huraian mengenai aurat wanita kalau hendak dibincangkan pasti mengambil banyak masa. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat. 

"Siswi,
Malumu bernilai,
Katamu berhikmah,
Hatimu tulus suci dan murni,
Hanya diri yang halal,
Engkau serahkan segala,
Untuk mencari redha Allah swt"

Thanks kepada semua yang hadir. Kalian memang vogue !

Perjalanan kehidupan seorang insan
keluar dari kebiasaan
Moga diri Istiqomah dalam perjuangan ini

March 4, 2015

Tawakkal : Hati ini Milik Allah s.w.t


Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung
HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.


Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.


Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.


Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.
Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.


Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq:“Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”


Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”


Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.


Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.


Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).


Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).


Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.


Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.


Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.


Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.


Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)
Sumber : Oleh Ahm
ad Sabki Mohd Tahir

January 18, 2015

UKM : GADIS MELAYU VS K-POP



Berikutan isu sebaran gambar-gambar GADIS MELAYU BERTUDUNG dilihat berpelukan bersama artis K-POP menjadi bualan hangat masyarakat hari ini.

Mungkin ada segelintir pihak berpandangan bahawa isu berpelukan itu tidak menjadi satu masalah besar. Namun, apabila difikirkan dari sudut agama Islam sendiri yang mengharamkan persentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram secara tidak sengaja. Saya menekankan berkaitan agama Islam kerana gambar-gambar yang tersebar semuanya melibatkan gadis yang bertudung dan pastinya mereka ini beragama Islam. Sememangnya perbuatan sebegini tidak berlaku dan amatlah memalukan apabila maruah seorang gadis dibiarkan begitu sahaja tanpa adanya perasaan malu dalam diri.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh wanita khususnya para mahasiswi UKM agar bijak mengawal emosi antara minat dan taksub. Korea, lebih 80% remaja wanita sukakannya termasuk diri saya. Namun, kita yang diberi akal dan punyai iman dalam diri harus bijak mengawal persekitaran. Jangan biarkan persekitaran mengawal diri kita sehingga sanggup gadaikan maruah diri. Tepuk dada, tanya iman.


Jangan lupa untuk terus berdoa buat mereka yang ditimpa musibah banjir.



"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"

SITI NOR BAHIJAH MOHD ZAKI
NYDP II
PMUKM 14/15

UKM : LEADERSHIP WOMEN MEETING

"I always did something I was a little not ready to do. I think that’s how you grow. When there’s that moment of ‘Wow, I’m not really sure I can do this,’ and you push through those moments, that’s when you have a breakthrough.” Marissa Mayer, CEO of Yahoo! "


Alhamdulillah, selesai Mesyuarat pertama bertempat di Teratak Prof Che Husna bersama MWISE (Muslim Women Science and Technology) yang terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Mesyuarat ini turut dihadiri "Ladies Group" daripada Turki dan Kyzystan.

Saya bersama Nur Hanis Ab Wahid dan Syimah Ibrahim telah dijemput untuk bersama-sama mencurahkan idea dan tenaga dalam menjayakan program yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti. Insya-Allah ini adalah salah satu perjalanan dan pergerakan saya sebagai NYDP Siswi PMUKM bagi sesi kali ini.
Terima kasih buat Prof Che Husna yang mana menjadi Tulang belakang utama dalam mengadakan program tersebut. Terima kasih juga kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk sama-sama berada dalam kelompok kecil ini yang bakal menjayakan program berkaitan "Women Leadership".
Next meeting insyaAllah.

"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"

‪#‎KepimpinanWanita‬ ‪#‎SiswiIntelek‬ ‪#‎PMUKM‬

SITI NOR BAHIJAH MOHD ZAKI
NYDP II PMUKM 14/15