April 23, 2015

SISWI KOMPETEN : EKSPLORASI SISWI 2015

Eksplorasi Siswi anjuran PMUKM berjaya dijalankan pada 18 - 19 April yang lalu bertempat di Redtma Recreation Sport Centre, Melaka bersama para siswi UKM yang begitu lasak melaksanakan pelbagai aktiviti di sana. Seramai 36 orang peserta siswi bersama 9 orang Ahli jawatankuasa menyertai program Eksplorasi Siswi selama 2 hari 1 malam. Program ini merupakan inisiatif awal untuk membentuk stamina dalam diri seseorang mahasiswi melalui sukan dan riadah yang telah dijalankan.


Program Eksplorasi Siswi bertemakan "Gather The Girls and Get Fit" adalah untuk meraikan mahasiswi UKM yang aktif mahupun pasif dalam bidang kepemimpinan dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak agar siswi UKM sentiasa aktif dan kekal sihat. Antara aktiviti yang di jalankan dalam tempoh 2 hari 1 malam adalah "Abseiling", Memanah, Rakit, "River Crossing", Senamrobik, dan "Night Walk". Kesemua aktiviti ini diketuai oleh pihak Redtma sendiri dengan penyediaan langkah keselamatan yang lebih lengkap. Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat membina keberanian peserta tetapi disamping membina tahap keyakinan dan kepimpinan sesebuah kumpulan.




Selain itu, bagi menguji tahap pemikiran peserta siswi,kami telah mengadakan slot debat dengan membawa tajuk "Relevankan wanita sebagai pemimpin". Amat mengujakan apabila setiap peserta amat aktif dalam menyuarakan pendapat dan seorang demi seorang bangun dalam memberikan pendapat yang berbeza-beza. Ada di antara mereka yang bersetuju dan ada yang memberikan pendapat tidak kerana masih memerlukan lelaki sebagai pemimpin yang lebih berwibawa. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan dapat dihabiskan dalam masa dua hari.


Di pihak PMUKM mengucapkan tahniah dan terima kasih buat peserta siswi UKM kerana sudi menyertai aktiviti ini. Siswi UKM Awesome !

No comments: