February 25, 2014

FORMULA MENJADI SEPERTI AHMAD AMMAR




Ayah kepada Ahmad Ammar berkongsi 7 formula yg diterapkan kepada anak2nya seperti Ahmad Ammar..

Pertama;
Menerapkan warisan ummatik,mengembalikan martabat islam yang bersifat global serta pelbagai
impian bukan hanya pada satu-satu perkara sahaja.

Kedua;
Memberi nama yang baik supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, contohnya
nama Muhammad.

Ketiga;
Memiliki ketinggian adap kepada Allah, Rasul, Ulama, Guru dan sebagainya.

Keempat;
Mengaji Al-Quran, belajar dan hayati.

Kelima;
Solat lima waktu, solat tahajjud. (dalam hal ini Ammar mewajibkan dirinya solat tahajjud sekali
dlm seminggu)

Keenam;
Pelajari ilmu yang penting seperti sejarah dan perlu kuasai tulisan jawi Uthmaiyyah.

Ketujuh;
Kuasai bahasa asing seperti Turki, Arab.
"Alhamdulillah Ammar menunjukkan dalam masa lima tahun beliau boleh melakukannya. Malah
saya terkejut beliau boleh menguasai tafsiq Al-Quran Risalah An-Nur,yang mana Quran Risalah
An-Nur antara sukar di kuasai. Beliau boleh menguasainya dalam masa lapan bulan." -Ahmad
Azam-

Dan dgn izin Allah terhasilnya Ahmad Ammar yg memiliki sifat mujahid sejati.

February 24, 2014

Aku Menjadi Diriku di Bumi U.K.M (Teaser)

Ingin bercerita kehidupan selama berada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pahit, Manis, Duka, Gembira, Suka ^_^






February 22, 2014

BILA DIA DEKAT DIHATIKU

Terkadang hati merintih...
adakalanya daku gembira..

Terkadang hati membentak..
Adakalanya daku bahagia..

Persoalannya, DIMANA DIA DIHATIKU ?

HATI,
Mungkin sukar untuk dibajai dengan 100% nikmat kesyukuran dari Illahi.
Namun, seiring dengan Usaha dan Tawakkal,
InsyaALLAH ianya dapat disemai dengan subur dan memberikan manfaat buat insan di sekeliling kita.
Allahurobbi.
Tuntunilah hati ku ini ke arah yang LEBIH LEBIH LEBIH Baik.
Aku amat dambakan kebaikan dalam sebuah kebaikan.

Alhamdulillah.
Kehidupan seharian kini, berubah 360 darjah.
Pabila diri hanya sibuk untuk melakukan "kerja", sehingga tiada masa untuk memikirkan @ melakukan perkara yang tidak berfaedah ( Tapi Tengok Drama , Tak Insaf lagi T_T )

Cuba dan terus Mencuba.

Seiring dengan kehidupanku Hari ini. dipertemukan dengan sang puteri menambahkan cahaya buat diri ini.
Dialah adik, dialah sahabat, dialah separuh jiwaku.
Punyai pelbagai persamaan, mungkin !

Alhamdulillah, bukan dia seorang yang daku miliki.. malah ramai lagi pendamping diri ini dikala hati ini berduka. >_<

Zidni , Jannah ---> Kenangan Pahit Manis bakal terkisah di bumi UKM

Aku sayang dia kerana Allah s.w.t
Titipkan sayangku ini seiring Cintaku KepadaNYA.