11 Mac 2015, alhamdulillah selesai memberikan sedikit perkongsian mengenai "Aurat wanita" dalam program Diskusi Wanita anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Bergandingan bersama artis jemputan Yatt Hamzah dalam diskusi ini memberikan pengalaman baru dan keterujaan hati untuk bersama orang hebat dapat terlaksana. Alhamdulillah.
Perkongsian pengalaman Yatt Hamzah merantau dunia Islam dalam mencari dan melihat ciptaan Allah swt amat memberikan kesan buat diri. Bilakah diri ini dapat menjejaki Bumi Palestin, Syria, ? Mungkin diri ini belum kuat menggapai impian setinggi itu. Cukup menjadi seorang anak dan wanita solehah buat umi abah.
Diskusi wanita semalam, banyak diceritakan mengenai aurat wanita, bolehkah wanita berfesyen?, bagaimana istiqomah dalam menutup aurat?. Alhamdulillah, persoalan-persoalan ini dapat dirungkai dan dikongsi bersama sahabat-sahabat UKM. walaupun tidak sebaik ustazah-ustazah diluar, moga memberikan manfaat buat pendengar. :')
Fitrah bermaksud semulajadi. Oleh itu, menutup aurat sama ada lelaki dan wanita itu adalah satu perkara yang semulajadi. Ia juga menjadi kayu ukur keimanan, pembeza antara hamba yang taat dengan insan yang derhaka. Namun tidak kurang juga yang menyangkal dan membangkang, membawa hujah bahawa keimanan letaknya dalam dada, bukan pada penampilan luaran yang boleh dinilai oleh mata.
Aurat Wanita Muslim :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)
Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya. Banyak lagi huraian mengenai aurat wanita kalau hendak dibincangkan pasti mengambil banyak masa. Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat.
Malumu bernilai,
Katamu berhikmah,
Hatimu tulus suci dan murni,
Hanya diri yang halal,
Engkau serahkan segala,
Untuk mencari redha Allah swt"
Thanks kepada semua yang hadir. Kalian memang vogue !
Perjalanan kehidupan seorang insan
keluar dari kebiasaan
Moga diri Istiqomah dalam perjuangan ini
No comments:
Post a Comment