December 27, 2013

Untuk Awak Dan Untuk Saya :')


Untuk awak dan saya.
Ye, status ini khusus hanya untuk orang-orang yang bujang macam saya 


*p/s: Orang yang dah kahwin tak boleh baca ye!*
---
Duhai muslimah.
Seringkali kita gusar andai jodoh lambat tiba.
Tetapi ia sebenarnya, suatu ruang dan peluang yang cukup besar Allah berikan kepada kita.
"Kenapa?"
Sebab, ia membuka satu peluang yang lebih besar untuk kita bertemu dengan sang soleh.
"Macam mana tu?"
Dengan syarat, kita yang harus lebih gandakan usaha mensolehahkan diri kita. 
Duduk semakin 'rapat-rapat' dengan DIA.
Mengadu dan menangis sepuas-puasnya dalam hening doa.
Sujud semakin sujud kepadaNya.
Makin berganda lagi usaha kita untuk mencantikkan diri dengan akhlak, masih ada ruang untuk kita padamkan segala dosa silam, masih ada masa untuk kita memperbaiki segala macam kekurangan.
---
"Saya tak layak nak dapatkan sang soleh."
"Tiadakah sang soleh yang sudi untuk saya?"
Cukup-cukuplah statment negatif macam tu.
Dan ia bukan satu angan-angan di siang hari, tapi ia perlukan suatu mujahadah yang cukup tinggi dalam diri.
Nak dapatkan suami soleh, sungguh bukan mudah.
Tapi, kalau dah dapat, kitalah wanita yang paling bertuah!
Bahagia dunia, selamat di akhirat 


---
*Jom terus mengislahkan diri.
Perbaiki akhlak dan peribadi, selagi mana Allah berikan kita ruang dn peluang untuk bertemu dengan 'sang soleh istimewa' tu 


*Insha Allah, suatu hari nanti kita akan tersenyum bahagia seperti pengantin ini.


Copy and Paste ^^

# Cahaya Gembira #



December 24, 2013

Majlis Penyampaian Watikah : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 13/14


[Majlis Penyampaian WATIKAH | Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2013/2014]

Pada tanggal 23 Disember 2013 (Isnin) Barisan MPP PMUKM telah menerima Watikah Perlantikan secara rasminya bertempat di Bilik Senat.

Disini, kami ingin mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih atas sokongan, dan 
kepercayaan yang telah diberikan oleh semua warga Universiti,
Di mana telah memberikan peluang dan amanah kepada kami untuk menerajui PMUKM pada sesi kali ini. 
Kami percaya dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua 
yang terlibat, InsyaAllah, kitakan pasti mencapai matlamat dan 
hala tuju kita, tidak kira apa dan di mana jua.

{Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).}

"Bersama Mahasiswa Memacu varsiti"


December 11, 2013

Hanyut Dalam Bicara Cinta



Hukama’ menyebut “jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya”.

            Terkadang pelik dengan trend hari ini yang terlalu banyak berbicara tentang cinta. Ya, soal pembinaan keluarga. Tapi terkadang berlebihan hingga pandangan untuk pembinaan keluarga itu terlalu tinggi dan tumpuan masa juga tinggi di rumah. Bagi penggerak masyarakat, aktivitis dakwah dan harakah, kita perlu berada di lapangan, bukan di dalam rumah. Pandangan yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan seseorang ‘frust’, sakit hati setelah berkahwin. Bahkan ada yang bercerai-berai hingga membenci walaupun ‘Mr. Right and Mrs. Right person’.

            Cukuplah keluarga sebagai penyejuk mata bukan berkurung di rumah dan janganlah terlalu larut dalam alam percintaan. Sekiranya mengamati kisah-kisah sejarah tentang para sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup menceraikan isteri untuk membantu kaum muhajirin. Juga dalam perjalanan hidup para sahabat, berapa kali berkahwin, berpoligami dan berapa kali bercerai tetapi tidak meruntuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.

            Namun, dunia kekeluargaan hari ini berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w. Di mana manusia kini lebih mementingkan nafsu dan sanggup lari dari medan dakwah demi nilai cinta hanya kepada manusia semata-mata. Ruginya masyarakat hari ini yang hanyut dalam soal cinta dan bukan soal pembangunan masyarakat, soal bagaimana untuk bangunkan ekonomi, politik, ummah dan meneroka bidang baru, bagaimana melahirkan tokoh dan negarawan.


            Cukuplah berwacana di universiti soal cinta, mungkin lebih baik fokuskan sesuatu perbincangan kearah sesuatu yang lebih serius dan mementingkan keintelektualan. Sebagai hamba kepada sang Pencipta, kita tidak perlu hanyut dalam bicara cinta semata-mata. Tetapi perlulah seiring dengan amalan-amalan yang dapat dibawa bekalannya ke alam akhirat kelak. Pentingnya disini, seorang hamba haruslah mentaati segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangaNya. 


December 1, 2013

Makbulkah Doaku~


Doa merupakan tanda pergantungan, pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Allah s.w.t. Dalam Islam, doa dipohon hanya kerana Dialah yang Maha Agung, tiada yang lain yang boleh menerima apa yang dipohon, dihajat dan didambakan.
            Doa juga simbolik kepada jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Tuhan. Itulah tanda pengabdian diri yang mutlak dan pengiktirafan hamba. Dalam ayat ke-5 surah al-Fatihah, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “ Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”. Dengan itu, sungguh tidak layak bagi kita untuk memohon kepada yang lain daripada Allah s.w.t kerana perbuatan meminta atau berdoa selain daripada Allah s.w.t itu adalah syirik iaitu menyekutukan Allah s.w.t. Juga elakkan berdoa kepada sesuatu yang mungkar dan maksiat yang terkeluar daripada syariat Islam.
            Sudah menjadi lumrah manusia meminta pertolongan Tuhan hanya ketika berada dalam keadaan terdesak. Perkara ini disebut secara jelas menerusi beberapa tempat dalam al-Quran. Dalam waktu kritikal, hati kecilnya akan berbisik meminta ihsan Tuhan, walaupun sebelumnya dia seorang komunis atau atheis, yang tidak beriman dengan kewujudan Tuhan. Keadaaan ini dijelaskan dalam beberapa firmanNya. Antaranya dalam surah al-Rum ayat 33 yang bermaksud : “Apabila manusia ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh kembali kepadaNya. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripadaNya, tiba-tiba satu golongan dalam kalangan mereka mempersekutukan Tuhan.”

            Dapatlah disimpulkan bahawa doa merupakan ibadah. Menerusinya, seseorang hamba mampu menggamit rahmat Allah s.w.t agar dikurniakan kepadanya. Justeru itu, permohonan kepada Allah s.w.t hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha. Tanpanya, permohonan itu hanyalah suatu impian yang tidak akan membuahkan sebarang hasil. Akhirnya, Doa itu adalah zikrullah. Memulakan sesuatu tanpa memohon izin Tuhan sekalian alam bererti kita ini makhluk yang sombong dan bongkak.

November 29, 2013

Cahaya Gembira :')

Bila Muslimah Cahaya Gembira keresahan,

Kuatkan Hati hamba-MU 

Redha dan Tawakkal

Permudahkanlah UrusanKU dan sahabat-sahabatku 

November 25, 2013

Hanyut Dalam Bicara Cinta~

Hukama’ menyebut “jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya”.
            Terkadang pelik dengan trend hari ini yang terlalu banyak berbicara tentang cinta. Ya, soal pembinaan keluarga. Tapi terkadang berlebihan hingga pandangan untuk pembinaan keluarga itu terlalu tinggi dan tumpuan masa juga tinggi di rumah. Bagi penggerak masyarakat, aktivitis dakwah dan harakah, kita perlu berada di lapangan, bukan di dalam rumah. Pandangan yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan seseorang ‘frust’, sakit hati setelah berkahwin. Bahkan ada yang bercerai-berai hingga membenci walaupun ‘Mr. Right and Mrs. Right person’.
            Cukuplah keluarga sebagai penyejuk mata bukan berkurung di rumah dan janganlah terlalu larut dalam alam percintaan. Sekiranya mengamati kisah-kisah sejarah tentang para sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup menceraikan isteri untuk membantu kaum muhajirin. Juga dalam perjalanan hidup para sahabat, berapa kali berkahwin, berpoligami dan berapa kali bercerai tetapi tidak meruntuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
            Namun, dunia kekeluargaan hari ini berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w. Di mana manusia kini lebih mementingkan nafsu dan sanggup lari dari medan dakwah demi nilai cinta hanya kepada manusia semata-mata. Ruginya masyarakat hari ini yang hanyut dalam soal cinta dan bukan soal pembangunan masyarakat, soal bagaimana untuk bangunkan ekonomi, politik, ummah dan meneroka bidang baru, bagaimana melahirkan tokoh dan negarawan.
            Cukuplah berwacana di universiti soal cinta, mungkin lebih baik fokuskan sesuatu perbincangan kearah sesuatu yang lebih serius dan mementingkan keintelektualan. Sebagai hamba kepada sang Pencipta, kita tidak perlu hanyut dalam bicara cinta semata-mata. Tetapi perlulah seiring dengan amalan-amalan yang dapat dibawa bekalannya ke alam akhirat kelak. Pentingnya disini, seorang hamba haruslah mentaati segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangaNya.


October 14, 2013

Perjuangan


Hidup adalah perjuangan. Itu kata orang. Memang benar, dalam hidup akan penuh dengan perjuangan. Terutama bagi mereka yang memiliki cita-cita besar, baik cita-cita pribadi maupun cita-cita dalam dakwah. Bagi mereka yang tidak memiliki cita-cita besar, tidak akan mampu melihat bahwa hidup penuh dengan perjuangan. Yang ada di depan mereka hanyalah bagaimana mencari kesenangan belaka.


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.



July 19, 2013

Ditemani cs6


 Alhamdulillah.. selesai juga akhirnya..
jenuh nk crop satu-satu gambar kanak-kanak riang ni..
tapi, alhamdulillah..PUAS~
menunggu pihak MT approve ke tidak je >_<


 1.

2.

3.

4.
*HASILNYA*
Walaupun tidak semantap poster pimpinan lain..tapi , syukur tetap ada didalam hati..heee

#TUHAN BERI AKU KEKUATAN




July 12, 2013

Tahniah dan Selamat datang



alhamdulillah akhirnya selesai.. setelah berpenat lelah menyiapkan poster buat adik-adik junior yang bakal melangkah masuk ke bumi UKM

gembira dapat junior >_<


July 8, 2013

Ramadhan is Loading......

alhamdulillah, dikurniakan nikmat iman dan Islam ..
untuk terus berdiri utuh di muka bumi Allah s.w.t hinggalah ke saat ini..

tahun berganti tahun..
bulan berganti bulan..
hari berganti hari..
masa terus bergerak tidak menunggu seseorang manusia pun..

dan kini, mula menginjak bulan yang paling mulia yakni bulan RAMADAN..
sungguh, aku dambakan cintaMU ya ALLAH..
kuat kan aku dalam meniti hari-hari yang serba indah ini..alhamdulillah..

alhamdulillah berada di rumah, dapat menatap wajah ummi abah ..
dapat menatap wajah redup nenek yang masih ceria..
Alhamdulillah, aku dikurniakan manusia-manusia yang masih amat menyayangi diri ini..

tapi... masih ada kekurangan dalam diri ini...........................

apa pun buat dunia Islam ku..:::
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga Ramadhan kali ini memberi seinfiniti makna buat diri kita semua, insyaALLAH 
 


Alhamdulillah, selesai menganyam 1 poster ramadhan =)

July 5, 2013

AKU BERSAMA DR MOHAMMED MORSI !!

Tanggal 3 JULAI 2013 menjadi saksi "PENGKHIANATAN TERBESAR" yg dilakukan oleh Tentera dan penyokong2 anti-Dr Mursi..

Hari ini Umat Islam menyaksikan kehancuran sistem Demokrasi!! Dulu mereka berjuang MENDEWAKAN demokrasi,hari ini mereka LANTANG MENUTUP pintu demokrasi,walaupun mereka "berjaya" mengusir Dr Mursi pd hari ini dan meraikannya dengan SORAKAN IBLIS,namun mereka tidak akan pernah berjaya untuk memadam API JIHAD yg menyala-nyala di dada Pejuang Islam!!

Mereka bukan sahaja berdepan dengan Ikhwan Muslimin,tapi mereka sebenarnya berdepan dengan Allah dan seluruh tentera-tenteraNYA di langit dan di bumi..Janji Allah itu pasti!! AllahuAkbar!



June 6, 2013

Hari yang penuh bermakna..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, dikurniakan nikmat untuk bernafas di Bumi ALLAH S.W.T..

05.06.2013 hari yang indah hari bahagia.. segala memori semalam akanku simpan rapat-rapat dalam diari hidupku.. hihi..

terima kasih, syukron, thanks, toce2, buat semua yang mengingati hari lahir diri ini ( FB memang lar dia tahu -_-'')
apapun, aku bahagia dikurniakan sahabat-sahabat yang sporting habes kat UKM nie..
maceh buat JANNAH sayang, TIKAH comel, HANI cute, dan ANA cayang kerana sabar melayan karenahku seharian.. >_<


semalam adalah titik bersejarah buat diri ini demi membuktikan kita tetap bersahabat walaupun berlainan jabatan dan berlainan negeri.. syukur ya ALLAH..

saya sayang awak-awak semua kerana ALLAH s.w.t..
pimpinlah diri ini ke jalan kebenaran..

KFC time

belajar main bowling.. >_< best!


thanks korang.. 



June 5, 2013

21 Tahun mendapat nikmat IMAN dan ISLAM

Bismillahirahmanirrahim....



alhamdulillah.. Ya ALLAH untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima Kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk segala Cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku.. dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu.. Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai al-Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya ALLAH apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu?. Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya ALLAH.. namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku jauh daripada kesesatan.

Dalam Usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu ..Dalam usia yang semakin menjauh ini, aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahman Ya Rahim.. aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu.. Dalam usia sebegini jua inginku mencari ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan keredhaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya ALLAH, pimpinlah tangan hambaMu ini, pimpinlah hati hambaMu ini, pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran...
sebagai hambaMu yang hina, aku tidak dapat mencapai kesempurnaan, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku aku sentiasa agar mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya ALLAH..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang disekelilingku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

TERIMA KASIH YA ALLAH S.W.T atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk diri ini. Engkaulah Yang Maha Besar..Peliharalah aku untuk terus berpegang teguh pada taliMu..

Amin Ya Rabbul Alamin ..

Love ,ABAH, UMI, ADIK, KAKYONG, MAK TOK, WAN ..


tidak lupa buat sahabat-sahabat di UKM yang sentiasa disisi..
>buat coursemate tercinta ( ramai-ramai )
>buat roomate tersayang (kak shakinah)
>buat sahabat-sahabat Usrah tercinta
>buat 5 sahabat comel saya (UKM + SMKANI) : SHAHIRA, FATIN, AFIQAH, ATIEKAH, SYIMAH
>buat semua sahabat tercomel tersayang tercinta yang mengenali diri ini sebagai seorang KAWAN >_<


June 1, 2013

UHIBBUKIFILLAH~ SWEET MOMENT *UKM*

SEMESTER 2 (TAHUN 1) ---> kami semakin rapat .. bersekolah bersama, belajar di UKM bersama..
walaupun di sekolah hanya teman biasa, di UKM kami menjadi sahabat yang ngam ngam rapat.. pelbagai masalah dikongsi bersama (dari soal hati hinggalah masalah negara..ehem3)

pelbagai kenangan telah tercipta untuk smester 2 ini.. tak dapat nyatakan betapa bersyukur mendapat sahabat-sahabat seperti kalian.. 
walaupun bilik gue menjadi seperti "kapal pecah" disebabkan aktiviti melepak kita bersama.. namun, aku tak pernah kisah, sebab aku bahagia bila anda semua berada disisi diri yang sering terhuyung hayang ini.. hehe..
Sayang..Sayang..Sayang.. alhamdulillah..



walupun kehidupan Semester 2 ini amat Perit bila ramai sahabat-sahabat dari luar membuat diri ini menjadi amat Lemah.. namun, alhamdulillah ALLAH s.w.t telah memberikan kekuatan dengan adanya sahabat-sahabat terdekat ini.. ak BAHAGIA..teramat bersyukur..

Terima Kasih Sahabat kerana sudi menjadi teman di kalu duka dan gembira sepanjang hidup di bumi UKM ini..
Credit to : SHAHIRA RAZAK, SITI ATIKAH PAUZI, HASYIMAH IBRAHIM..
dan to my beloved Roomate (Sarawakians) : SHAKINAH MUSTAPHA


Dalam keperitan ini juga, Allah s.w.t telah menurunkan pelbagai HINT agar tidak melupakan DIA.. 
*USRAH
*Program2 membentuk HATI
*Tanggungjawab

Allahurobbi.. sering alpa, namun DIA tidak pernah melupakan diri ini.. Allahuakbar..

ummi abah, anakmu ini telah belajar untuk menjadi insan yang kuat
tidak akan menyusahkan ummi dan abah dengan rengekan-rengekan manja yang tidak berasas.. hehe
( tak janji--> menangis itu pasti )

#rindu sahabat di SMKANI dulu... piqah, fatin.. hehe.. dan geng usuluddin ..

**Study week --> doakan yang terbaek**

UKM mendidik diri menjadi MANUSIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......
alhamdulillah, walaupun telah lama meninggalkan dunia blog ini,..hari ini kembali dengan semangat dan harapan baru untuk mencoret serba sedikit apa yang terlintas..

menjadi pelajar U menyebabkan diri ini sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang mudah melalaikan ( dunia-dunia ) ---> diri mesti kuat memilih apa yang perlu diikut dan apa yang perlu diabaikan.

alhamdulillah, dari Semester 1 (Tahun 1) diri ini telah terdidik dalam pelbagai aspek. dari sudut hati hinggalah ke luar di dunia luar. Dari Sem 1 juga saya belajar untuk menjadi insan yang kuat dan tabah.. Semangat berkobar-kobar melihat senior-senior yang gigih dalam menjalankan operasi DAKWAH mereka..
Dari situ, hati ini meronta untuk mengikut jejak langkah mereka walaupun ilmu masih berkurang, usaha tetap ada (malas je...).
Penyelesaiannya, saya bersama sahabat (atikah, syimah, shahira) dengan memberanikan diri kami mengikut kerja-kerja Dakwah walaupun terdapat pelbagai rintangan disitu > cewaah, ayat kelas sikit <

gembira, sedih, marah..perasaan bercampur baur dalam menjalani hidup sebagai seorang insan yang sibuk, tak dapat dinafikan Sem 1 merupakan satu tahun yang amat memberikan semangat yang kuat buat diri ini untuk terus berjuang di bumi UKM.


February 19, 2013

SEMESTER BARU VS SEMANGAT BARU

alhamdulillah, settle mendaftar dan menggugurkan kursus..
 jadual seperti sem lepas.. memang padat -_-
tapi apakan daya, belajar, niat mesti diperbetul dan diperbaharui selalu agar otak tidak kreemmmmm!!

ini dia jadual , blelum ada tutor lagi.. masuk tutor lagilah CEMERLANG jadinya jadual pelajar UKM nie ^_^ insyaALLAH moga dapat menjadi insan yang berguna dan terbaik (': .. keep smile.. Aamiin ..

BilKod KursusNama KursusSet KursusTaraf KursusTarikh DaftarGugur KursusJadual Waktu (Hari - Masa Mula - Bil jam - Bilik)
 1 CMIE1012 ASAS KEUSAHAWANAN DAN INOVASI 16 U1 15-01-2013Khamis -08:00 AM-2-DK1FPI
 2 PPPM1023 MANUSIA DALAM AL-QURAN 1 WJ 09-01-2013Khamis -10:00 AM-2-DK2.102ATMA
 3 PPPM1043 GERAKAN MISIONARI KRISTIAN 1 WJ 09-01-2013Khamis -04:00 PM-2-3A511FSSK
 4 PPPY1122 MAHARAT AL-MUHADATHAH WA AL-KHATABAH 17 WF 09-01-2013Selasa -08:00 AM-2-BT 4.4043 PP
Khamis -02:00 PM-2-BT 4.4043 PP
 5 PPPY1152 METODOLOGI FIQH 1 WF 09-01-2013Jumaat -11:00 AM-1-DK3F203
 6 PPPY1162 FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT 1 WF 18-02-2013Jumaat -10:00 AM-1-DK3B301
 7 PPPY1182 AKIDAH ISLAM 1 WF 09-01-2013Rabu -08:00 AM-1-DK3F301
 8 PPPY1242 METODOLOGI AL-QURAN DAN AL-HADITH 1 WF 09-01-2013Jumaat -03:00 PM-1-DK3F202
 9 ZZZE1012 ACADEMIC COMMUNICATION I 41 WF 14-01-2013Isnin -12:00 PM-2-3A401FSSK
Rabu -12:00 PM-2-3A401FSSK
 10 ZZZT1062 PEMBANGUNAN DIRI II 4 U1 18-02-2013Jumaat -08:00 AM-2-DK1FPI
Jumlah Unit : 22 

February 2, 2013

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


credit : KamiBersamaUlamakKbu

January 30, 2013

Ikhlaskan Hambamu :')


alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk merungkai sebuah kisah hidup yang tidaklah seberapa indah..>_<

Bila berada di rumah, online semakin jarang.. bagusbagus.. #FUH.. tapi TER online juga akhirnya.
terasa gatal-gatal tangan mahu mencoret cerita hati tatkala berada di rumah yang sangat-sangat BEST.

tak mau rasanya balik UKM .. tapi apakan daya..

hurm. rutin harianku setiap hari tidak banyak berubah..
bahagia, seronok, happy, bebas, gembira, senyumsenyum... :")

setiap pagi selepas subuh, tengok umi abah adik pergi sekolah.. tengok jeee lah..

jadi selepas mereka tiada di rumah bermulalah KERJAku sebagai seorang SURI Rumah BErkerjaya..

*jaga TOK WAN ku sayang.. Alhamdulillah diberi keringanan dan kekuatan untuk menjaga tok wan ku yang sudah uzur..
 seronok bila lakukan sesuatu kerja tanpa dipaksa..
setiap pagi akan sediakan sarapan untuknya

*mandikan Tok Wan ..
*Suapkan makanmakan untuknya..
PENGORBANAN SEORANG IBU a.k.a NENEKku

Ya ALLAH , Engkau berikanlah kesembuhan kepada nenekku.. Semoga dia terus kuat menjalani kehidupan sehariannya walaupun tanpa diriku disisi <3 p="">
sedih melihat dirinya, walaupun mempunyai ramai anak2 (merangkap bapa dan mak saudaraku) ,..tapi, ye lah.. kebanyakan mereka lebih mementingkan hal-hal lain dari IBU mereka sendiri..

Alhamdulillah, Ummi dan Abah telah memberi didikan yang baik buat diriku agar memahami apa ertinya sebuah pongorbanan yang diREDHAI ALLAH.

Ummi sering memberikan santapan rohani kepada diri yang lemah ini agar terus berdiri di landasan yang Betul
alhamdulillah... hari ini aku dapat menjadi dan melihat diriku sendiri.

#Jangan menyusahkan hidup orang lain selagi kita MAMPU melakukannya :)

sayang Abah Ummi Kakyong Adik TokWan MokTok dan saudara seISlamku

January 13, 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #112

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIMM..
ALHAMDULILLAH.. SELESAI SUDAH HKR #112..
dengan aman dan sangat baik apabila tiada PROVOKASI dari pihak "tertentu"

kan baik tu RAKYAT kalau tidak dijentik. ;")

apa-apa pun , bercerita selepas ini,.. gambar yang menceritakan segalanya #sikit sahaja

akak-akak dari kelantan membuat perbincangan ringkas

berpagi-pagi di masjid negara #ribuan orang sudanh memenuhi ^_^

wartawan cina mencatat apa yang diucapkan oleh MAT SABU 

pandangan dari bawah ke atas #Masjid Negara

bersama sahabat pejuang ISLAM #aqilah
#tinggi saya disitu -_-#

satu islam..satu aqidah.. satu satu satu 

January 6, 2013

Wahai hati, sabarlah.,,,,,

Bismillahhirrahmanirrahim.....

Hati merintih pinta di pujuk.. Ya ALLAH, sujudku memohon Engkau perlembutkan hati ini..
jauhilah hati ku membenci sahabat-sahabatku sendiri.. huh!



siapa tidak BENGKAK hatinya bila HARI-HARI dia buat begitu -_-'
dan hari-hari itulah juga aku sentiasa berdiam diri dan sabar.. *aspek bertahan dalam hati.. heeee :')




KENAPALAH MANUSIA INI TAK PERNAH INGIN BERDIKARI SENDIRIAN BERHAD YA??
KENAPALAH SENTIASA + SELALU PERLU BERTEDUH DAN BERNAUNG DI BAWAH ORANG LAIN??

saya tidak memahami kenapa??, kerana diri ini telah terdidik dari kecil agar tidak menyusahkan orang lain MELAINKAN memang kita ada masalah yang besar bukannya selalu nak minta itu ini dengan orang lain..

TIDAK FAHAM   !!~ kenapa perlu berlaku pada diri ini??

MUHASABAH DIRI. ;; ALLAH s.w.t mahu menguji diri aku macam mana menghadapi hal ini kot. 

cuba anda semua praktikkan agar TIDAK SELALU MENYUSAHKAN ORANG LAIN.
cuba anda penuhkan keperluan yang perlu anda miliki sebagai seorang MAHASISWA.
cuba anda fikirkan MAHAsiswa lain yang juga tidak berduit melainkan PINJAMAN PTPTN.
#JANGANLAH SUKA MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN SAHABAT_SAHABAT SEKALIAN#



#DIRI AKU : terus bertahan dan bersabar INSYA_ALLAH. tak sabar nak balik rumah@$#%^

EXAM EXAM exam exam.. home Sweet Home >_<