June 1, 2013

UKM mendidik diri menjadi MANUSIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......
alhamdulillah, walaupun telah lama meninggalkan dunia blog ini,..hari ini kembali dengan semangat dan harapan baru untuk mencoret serba sedikit apa yang terlintas..

menjadi pelajar U menyebabkan diri ini sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang mudah melalaikan ( dunia-dunia ) ---> diri mesti kuat memilih apa yang perlu diikut dan apa yang perlu diabaikan.

alhamdulillah, dari Semester 1 (Tahun 1) diri ini telah terdidik dalam pelbagai aspek. dari sudut hati hinggalah ke luar di dunia luar. Dari Sem 1 juga saya belajar untuk menjadi insan yang kuat dan tabah.. Semangat berkobar-kobar melihat senior-senior yang gigih dalam menjalankan operasi DAKWAH mereka..
Dari situ, hati ini meronta untuk mengikut jejak langkah mereka walaupun ilmu masih berkurang, usaha tetap ada (malas je...).
Penyelesaiannya, saya bersama sahabat (atikah, syimah, shahira) dengan memberanikan diri kami mengikut kerja-kerja Dakwah walaupun terdapat pelbagai rintangan disitu > cewaah, ayat kelas sikit <

gembira, sedih, marah..perasaan bercampur baur dalam menjalani hidup sebagai seorang insan yang sibuk, tak dapat dinafikan Sem 1 merupakan satu tahun yang amat memberikan semangat yang kuat buat diri ini untuk terus berjuang di bumi UKM.


No comments: