April 23, 2015

SISWI KOMPETEN : EKSPLORASI SISWI 2015

Eksplorasi Siswi anjuran PMUKM berjaya dijalankan pada 18 - 19 April yang lalu bertempat di Redtma Recreation Sport Centre, Melaka bersama para siswi UKM yang begitu lasak melaksanakan pelbagai aktiviti di sana. Seramai 36 orang peserta siswi bersama 9 orang Ahli jawatankuasa menyertai program Eksplorasi Siswi selama 2 hari 1 malam. Program ini merupakan inisiatif awal untuk membentuk stamina dalam diri seseorang mahasiswi melalui sukan dan riadah yang telah dijalankan.


Program Eksplorasi Siswi bertemakan "Gather The Girls and Get Fit" adalah untuk meraikan mahasiswi UKM yang aktif mahupun pasif dalam bidang kepemimpinan dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak agar siswi UKM sentiasa aktif dan kekal sihat. Antara aktiviti yang di jalankan dalam tempoh 2 hari 1 malam adalah "Abseiling", Memanah, Rakit, "River Crossing", Senamrobik, dan "Night Walk". Kesemua aktiviti ini diketuai oleh pihak Redtma sendiri dengan penyediaan langkah keselamatan yang lebih lengkap. Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat membina keberanian peserta tetapi disamping membina tahap keyakinan dan kepimpinan sesebuah kumpulan.




Selain itu, bagi menguji tahap pemikiran peserta siswi,kami telah mengadakan slot debat dengan membawa tajuk "Relevankan wanita sebagai pemimpin". Amat mengujakan apabila setiap peserta amat aktif dalam menyuarakan pendapat dan seorang demi seorang bangun dalam memberikan pendapat yang berbeza-beza. Ada di antara mereka yang bersetuju dan ada yang memberikan pendapat tidak kerana masih memerlukan lelaki sebagai pemimpin yang lebih berwibawa. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan dapat dihabiskan dalam masa dua hari.


Di pihak PMUKM mengucapkan tahniah dan terima kasih buat peserta siswi UKM kerana sudi menyertai aktiviti ini. Siswi UKM Awesome !

April 2, 2015

MANIFESTO : PENTAS PIDATO MAHASISWA 2.0

Alhamdulillah, selesai berpencak di Pentas Pidato Mahasiswa pada hari ini dengan membawa tajuk "Hak Mahasiswa" dibawah seliaan saya PM Ukm.

Mahasiswa sebagai masyarakat intelektual dan sekaligus sebagai warganegara tentu saja memiliki hak dan tanggungjawab yang tidak ringan.Disebabkan idealnya mahasiswa dituntut bukan hanya untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi lebih daripada itu juga harus kritis terhadap isu-isu semasa yang berlaku.


Tahniah dan terima kasih buat wakil pemidato hari ini :
1. Asheeq Ali - Fakulti Undang-undang
2. Nabihah Basri - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
3. Nik Amri Syahirran - Fakulti Pengajian Islam

dan terima kasih Pengerusi pidato hari ini, iaitu saudari Farhana Nuratiqah Redzuan.

Justeru itu, dapat disimpulkan berkaitan pidato hari ini adalah berkaitan hak mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa, sudah pasti kita mempunyai pelbagai hak dan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Jadilah seorang mahasiswa yang berani dan tidak hanya terperuk di celahan rimbun "atasan". Antara hak mahasiswa yang biasa menjadi bualan :

1. Menggunakan kebebasan akademik secara bertanggungjawab untuk menuntut dan mengkaji ilmu sesuai dengan lingkungan akademik.

2. Memperoleh pengajaran sebaik-baiknya dan layanan bidang akademik sesuai dengan minat, bakat, kebenaran dan kemampuan.

3. Mengikut serta dalam kegiatan organisasi mahasiswa Universiti.
dan sebagainya.








"Saya Mahasiswa, Bukan Pengampu Pentadbiran"

‪#‎pmukm‬ ‪#‎SpeakerCorner‬ ‪#‎LetsMakeHistory‬ ‪#‎PentasPidatoMahasiswa‬‪#‎PPM‬

Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
Naib Yang Dipertua II
PMUKM