January 5, 2014

Tarbiyah Itu Manis






Ms Tarbiyah 

tatkala bibir berbicara tentang tarbiyah

segalanya tampak mudah
tetapi kenikmatan tarbiyah,kemanisan tarbiyah
bukanlah seindah lontaran kata-kata
kerana tarbiyah itu timbul rasanya hanya dari hati...


ada waktu diri sedih,bertangis dan bersendu
memandang pada lemahnya diri
menghitung pada ibadah yang tak seberapa
melihat pada iman yang sememangnya lemah dan nipis
hatta lebih nipis dari lapisan kulit bawang

ada waktu juga diri sedih dan menangis 
mengenangkan nasib pada diri

melihatkan cara hidup sebegini
memikirkan layanan teman sehari-hari


tapi itu semua salah diri!!!!
kerana lalai untuk selitkan tarbiyah dalam setiap yang terjadi


"wahai diri, segalanya akan lebih indah andai diselitkan kemanisan tarbiyah dalam setiap perkara yang berlaku..."



pesan Ilahi pada hambaNya itu terlalu banyak
tetapi dirilah yang perlu menghuraikan setiap tarbiyah itu
nikmatnya tarbiyah kerana ia mampu 
mengubah musibah menjadi muhibbah
mengubah perit jadi manis
mengubah sedih jadi gembira
mengubah yang lemah jadi kuat
mengubah yang jatuh untuk bangkit

datangnya pena Ilahi membawa tarbiyah buat diri

mengajarkan diri supaya tidak bersedih

"jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.."
*la tahzan,Innallaha ma'ana*
(at-Taubah:40)

dipesan juga supaya tidak berputus asa

"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sungguh yang berputus asa dari rahmat Allah itu hanya orang-orang kafir"
(Yusuf:87)

kerana tiada apa yang mustahil,segalanya diri mampu lakukan

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(al-Baqarah:286)

khabar tarbiyah,ujian itu bg orang beriman sbnrnya

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hny dengan mengatakan, 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?"
(al-Ankabut:2)

diajarkan juga jalan menenangkan hati yang gusar

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
(ar-Rad:28)

katanya bersangka baiklah terhadap segala yang terjadi 

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah:216)

lantas menjadikan Dia sebagai tempat mengadu

"Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.."
(Yusuf:86)

soal orang2 sekeliling yg menggangu perasaan dlm diri,bersabarlah

"Kami jadikan sebahagian manusia sebagai cubaan bagi sebahagian yang lain.Maukah kamu bersabar..."
(al-Furqan:20)

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(al-Insyirah:5/6)

tarbiyah ini beri didikan pada diri untuk berfikir
supaya diri ini mengabaikan perkara remeh
supaya diri sedar bahawa
hidup ini ada perkara yang lebih penting
ada perkara yang lebih besar
ada matlamat yang perlu dilaksana dan dicapai

ingatlah tentang tugasmu wahai diri
kamu adalah hambaNya dan khalifah terpilih
(al-Baqarah:30)/(az-Zariyat:56)

ketahuilah diri bahawa kamu orang yang beruntung dan terpilih

"dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan(kepadamu)"
(Taha:13)

"kamu (umat islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia...."
(al-Imram:110)

teruskan hidup wahai diri dengan menjalankan kemuslimanmu
usah gundah,usah gusar,usah takut
-Allah sentiasa bersama kamu-




*note*
semoga hari esok, rasa resah dan sedih akan pergi
senyuman yang kembali:)
Alhamdulillah,segala perkongsian dari hati untuk muhasabah diri
yang baik sama-sama kita kongsi
dalam mengejar cinta Ilahi

No comments: