December 27, 2013
December 24, 2013
Majlis Penyampaian Watikah : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 13/14
[Majlis Penyampaian WATIKAH | Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2013/2014]
Pada tanggal 23 Disember 2013 (Isnin) Barisan MPP PMUKM telah menerima Watikah Perlantikan secara rasminya bertempat di Bilik Senat.
Disini, kami ingin mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih atas sokongan, dan
kepercayaan yang telah diberikan oleh semua warga Universiti,
Di mana telah memberikan peluang dan amanah kepada kami untuk menerajui PMUKM pada sesi kali ini.
Kami percaya dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua
yang terlibat, InsyaAllah, kitakan pasti mencapai matlamat dan
hala tuju kita, tidak kira apa dan di mana jua.
{Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).}
"Bersama Mahasiswa Memacu varsiti"
Pada tanggal 23 Disember 2013 (Isnin) Barisan MPP PMUKM telah menerima Watikah Perlantikan secara rasminya bertempat di Bilik Senat.
Disini, kami ingin mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih atas sokongan, dan
kepercayaan yang telah diberikan oleh semua warga Universiti,
Di mana telah memberikan peluang dan amanah kepada kami untuk menerajui PMUKM pada sesi kali ini.
Kami percaya dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua
yang terlibat, InsyaAllah, kitakan pasti mencapai matlamat dan
hala tuju kita, tidak kira apa dan di mana jua.
{Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).}
"Bersama Mahasiswa Memacu varsiti"
Posted by
Cahaya gembira
December 11, 2013
Hanyut Dalam Bicara Cinta
Hukama’ menyebut “jangan terlalu menyayangi
seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang,
kelak kita akan menyayanginya”.
Terkadang
pelik dengan trend hari ini yang terlalu banyak berbicara tentang cinta. Ya,
soal pembinaan keluarga. Tapi terkadang berlebihan hingga pandangan untuk
pembinaan keluarga itu terlalu tinggi dan tumpuan masa juga tinggi di rumah.
Bagi penggerak masyarakat, aktivitis dakwah dan harakah, kita perlu berada di
lapangan, bukan di dalam rumah. Pandangan yang terlalu tinggi juga boleh
menyebabkan seseorang ‘frust’, sakit hati setelah berkahwin. Bahkan ada yang
bercerai-berai hingga membenci walaupun ‘Mr. Right and Mrs. Right person’.
Cukuplah
keluarga sebagai penyejuk mata bukan berkurung di rumah dan janganlah terlalu
larut dalam alam percintaan. Sekiranya mengamati kisah-kisah sejarah tentang
para sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup menceraikan isteri untuk membantu
kaum muhajirin. Juga dalam perjalanan hidup para sahabat, berapa kali
berkahwin, berpoligami dan berapa kali bercerai tetapi tidak meruntuhkan
institusi kekeluargaan dan masyarakat.
Namun,
dunia kekeluargaan hari ini berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w. Di mana
manusia kini lebih mementingkan nafsu dan sanggup lari dari medan dakwah demi
nilai cinta hanya kepada manusia semata-mata. Ruginya masyarakat hari ini yang
hanyut dalam soal cinta dan bukan soal pembangunan masyarakat, soal bagaimana
untuk bangunkan ekonomi, politik, ummah dan meneroka bidang baru, bagaimana
melahirkan tokoh dan negarawan.
Cukuplah
berwacana di universiti soal cinta, mungkin lebih baik fokuskan sesuatu
perbincangan kearah sesuatu yang lebih serius dan mementingkan keintelektualan.
Sebagai hamba kepada sang Pencipta, kita tidak perlu hanyut dalam bicara cinta
semata-mata. Tetapi perlulah seiring dengan amalan-amalan yang dapat dibawa
bekalannya ke alam akhirat kelak. Pentingnya disini, seorang hamba haruslah
mentaati segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangaNya.
Posted by
Cahaya gembira
December 1, 2013
Makbulkah Doaku~
Doa merupakan tanda pergantungan, pengharapan
dan permohonan seorang hamba kepada Allah s.w.t. Dalam Islam, doa dipohon hanya
kerana Dialah yang Maha Agung, tiada yang lain yang boleh menerima apa yang
dipohon, dihajat dan didambakan.
Doa
juga simbolik kepada jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Tuhan.
Itulah tanda pengabdian diri yang mutlak dan pengiktirafan hamba. Dalam ayat
ke-5 surah al-Fatihah, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “ Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan”. Dengan itu, sungguh tidak layak bagi kita
untuk memohon kepada yang lain daripada Allah s.w.t kerana perbuatan meminta
atau berdoa selain daripada Allah s.w.t itu adalah syirik iaitu menyekutukan
Allah s.w.t. Juga elakkan berdoa kepada sesuatu yang mungkar dan maksiat yang
terkeluar daripada syariat Islam.
Sudah
menjadi lumrah manusia meminta pertolongan Tuhan hanya ketika berada dalam
keadaan terdesak. Perkara ini disebut secara jelas menerusi beberapa tempat
dalam al-Quran. Dalam waktu kritikal, hati kecilnya akan berbisik meminta ihsan
Tuhan, walaupun sebelumnya dia seorang komunis atau atheis, yang tidak beriman
dengan kewujudan Tuhan. Keadaaan ini dijelaskan dalam beberapa firmanNya. Antaranya
dalam surah al-Rum ayat 33 yang bermaksud : “Apabila manusia ditimpa
kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh
kembali kepadaNya. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripadaNya,
tiba-tiba satu golongan dalam kalangan mereka mempersekutukan Tuhan.”
Dapatlah
disimpulkan bahawa doa merupakan ibadah. Menerusinya, seseorang hamba mampu
menggamit rahmat Allah s.w.t agar dikurniakan kepadanya. Justeru itu,
permohonan kepada Allah s.w.t hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha.
Tanpanya, permohonan itu hanyalah suatu impian yang tidak akan membuahkan
sebarang hasil. Akhirnya, Doa itu adalah zikrullah. Memulakan sesuatu tanpa
memohon izin Tuhan sekalian alam bererti kita ini makhluk yang sombong dan
bongkak.
Posted by
Cahaya gembira
Subscribe to:
Posts (Atom)