June 6, 2013

Hari yang penuh bermakna..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, dikurniakan nikmat untuk bernafas di Bumi ALLAH S.W.T..

05.06.2013 hari yang indah hari bahagia.. segala memori semalam akanku simpan rapat-rapat dalam diari hidupku.. hihi..

terima kasih, syukron, thanks, toce2, buat semua yang mengingati hari lahir diri ini ( FB memang lar dia tahu -_-'')
apapun, aku bahagia dikurniakan sahabat-sahabat yang sporting habes kat UKM nie..
maceh buat JANNAH sayang, TIKAH comel, HANI cute, dan ANA cayang kerana sabar melayan karenahku seharian.. >_<


semalam adalah titik bersejarah buat diri ini demi membuktikan kita tetap bersahabat walaupun berlainan jabatan dan berlainan negeri.. syukur ya ALLAH..

saya sayang awak-awak semua kerana ALLAH s.w.t..
pimpinlah diri ini ke jalan kebenaran..

KFC time

belajar main bowling.. >_< best!


thanks korang.. 



June 5, 2013

21 Tahun mendapat nikmat IMAN dan ISLAM

Bismillahirahmanirrahim....



alhamdulillah.. Ya ALLAH untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima Kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk segala Cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku.. dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu.. Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai al-Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya ALLAH apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu?. Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya ALLAH.. namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku jauh daripada kesesatan.

Dalam Usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu ..Dalam usia yang semakin menjauh ini, aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahman Ya Rahim.. aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu.. Dalam usia sebegini jua inginku mencari ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan keredhaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya ALLAH, pimpinlah tangan hambaMu ini, pimpinlah hati hambaMu ini, pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran...
sebagai hambaMu yang hina, aku tidak dapat mencapai kesempurnaan, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku aku sentiasa agar mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya ALLAH..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang disekelilingku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

TERIMA KASIH YA ALLAH S.W.T atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk diri ini. Engkaulah Yang Maha Besar..Peliharalah aku untuk terus berpegang teguh pada taliMu..

Amin Ya Rabbul Alamin ..

Love ,ABAH, UMI, ADIK, KAKYONG, MAK TOK, WAN ..


tidak lupa buat sahabat-sahabat di UKM yang sentiasa disisi..
>buat coursemate tercinta ( ramai-ramai )
>buat roomate tersayang (kak shakinah)
>buat sahabat-sahabat Usrah tercinta
>buat 5 sahabat comel saya (UKM + SMKANI) : SHAHIRA, FATIN, AFIQAH, ATIEKAH, SYIMAH
>buat semua sahabat tercomel tersayang tercinta yang mengenali diri ini sebagai seorang KAWAN >_<


June 1, 2013

UHIBBUKIFILLAH~ SWEET MOMENT *UKM*

SEMESTER 2 (TAHUN 1) ---> kami semakin rapat .. bersekolah bersama, belajar di UKM bersama..
walaupun di sekolah hanya teman biasa, di UKM kami menjadi sahabat yang ngam ngam rapat.. pelbagai masalah dikongsi bersama (dari soal hati hinggalah masalah negara..ehem3)

pelbagai kenangan telah tercipta untuk smester 2 ini.. tak dapat nyatakan betapa bersyukur mendapat sahabat-sahabat seperti kalian.. 
walaupun bilik gue menjadi seperti "kapal pecah" disebabkan aktiviti melepak kita bersama.. namun, aku tak pernah kisah, sebab aku bahagia bila anda semua berada disisi diri yang sering terhuyung hayang ini.. hehe..
Sayang..Sayang..Sayang.. alhamdulillah..



walupun kehidupan Semester 2 ini amat Perit bila ramai sahabat-sahabat dari luar membuat diri ini menjadi amat Lemah.. namun, alhamdulillah ALLAH s.w.t telah memberikan kekuatan dengan adanya sahabat-sahabat terdekat ini.. ak BAHAGIA..teramat bersyukur..

Terima Kasih Sahabat kerana sudi menjadi teman di kalu duka dan gembira sepanjang hidup di bumi UKM ini..
Credit to : SHAHIRA RAZAK, SITI ATIKAH PAUZI, HASYIMAH IBRAHIM..
dan to my beloved Roomate (Sarawakians) : SHAKINAH MUSTAPHA


Dalam keperitan ini juga, Allah s.w.t telah menurunkan pelbagai HINT agar tidak melupakan DIA.. 
*USRAH
*Program2 membentuk HATI
*Tanggungjawab

Allahurobbi.. sering alpa, namun DIA tidak pernah melupakan diri ini.. Allahuakbar..

ummi abah, anakmu ini telah belajar untuk menjadi insan yang kuat
tidak akan menyusahkan ummi dan abah dengan rengekan-rengekan manja yang tidak berasas.. hehe
( tak janji--> menangis itu pasti )

#rindu sahabat di SMKANI dulu... piqah, fatin.. hehe.. dan geng usuluddin ..

**Study week --> doakan yang terbaek**

UKM mendidik diri menjadi MANUSIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......
alhamdulillah, walaupun telah lama meninggalkan dunia blog ini,..hari ini kembali dengan semangat dan harapan baru untuk mencoret serba sedikit apa yang terlintas..

menjadi pelajar U menyebabkan diri ini sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang mudah melalaikan ( dunia-dunia ) ---> diri mesti kuat memilih apa yang perlu diikut dan apa yang perlu diabaikan.

alhamdulillah, dari Semester 1 (Tahun 1) diri ini telah terdidik dalam pelbagai aspek. dari sudut hati hinggalah ke luar di dunia luar. Dari Sem 1 juga saya belajar untuk menjadi insan yang kuat dan tabah.. Semangat berkobar-kobar melihat senior-senior yang gigih dalam menjalankan operasi DAKWAH mereka..
Dari situ, hati ini meronta untuk mengikut jejak langkah mereka walaupun ilmu masih berkurang, usaha tetap ada (malas je...).
Penyelesaiannya, saya bersama sahabat (atikah, syimah, shahira) dengan memberanikan diri kami mengikut kerja-kerja Dakwah walaupun terdapat pelbagai rintangan disitu > cewaah, ayat kelas sikit <

gembira, sedih, marah..perasaan bercampur baur dalam menjalani hidup sebagai seorang insan yang sibuk, tak dapat dinafikan Sem 1 merupakan satu tahun yang amat memberikan semangat yang kuat buat diri ini untuk terus berjuang di bumi UKM.