Dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya 'Wasiat & Nasihat Kerohanian'.. telah disampaikan:
"Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki."
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Majlis 40 - Keimanan Hanya Tumbuh Di Dalam Hati Yang Lembut (disampaikan di Madrasah al-Ma'murah, hari Ahad, 14 Rejab 545H)
No comments:
Post a Comment