October 22, 2010

BANGGAKAH MALAYSIA PUNYAI DIA??

ASSalamualaikum..hum..perkongsiaan terkini...

ISLAM HANYA DIPANDANG REMEH oleh segelintir masyarakat..

hal ini berlaku kpd isteri PM n PM sendiri kot..

berbanggakah kita punyai PM sebegitu rupa..yg amat menyokong usaha 'mURNI' isteri kesayangannya????!!!


KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah

tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada

penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.


"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi


Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas


mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.


"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS

Pusat, Nasrudin Hassan.


Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah


seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.


Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.


"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.


Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak


isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.


Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.


INGIN TAHU LEBEH LANJUT....SILA KLIK http://www.tranungkite.net/v11/modules.p

hp?name=News&file=article&sid=221&mode=thread&order=0&thold=0

semoga umat islam di dunia ini tdak terus lalai dgn pembwkan kafir2 laknatullah...
ALLAHUAKBAR!!!...

JOM TUTUP AURAT...=)

No comments: