okay, tak mo citer panjang-panjang.
Kalau ikutkan hati awal-awal lagi tak nak gi pun Interview sebab masa tu tengah stress sangat tapi aturan Allah swt lagi indah. Semangat datang kembali, sanggup sewa kereta RM90 sehari kongsi dengan Yana Nana. Membazirnya sebab kereta elok parking dari pagi sampai petang. Kesnya interview hari tu seharian. Fuh bukan main lama. Proses penilaian ni FMD ni ada 3 bahagian.
Pertama : Penulisan (Boleh rujuk al-Quran)
Kedua : Hafazan (alhamdulillah dapat Surah Ad-Dhuha)
Ketiga : Tazkirah dan Temuduga Panel (perkongsian tentang cinta dan alhamdulillah berjalan lancar cuma kena tegur part resume)
Felo Muda Dakwah Batch 5 |
okay berbalik kepada topik asal,seronok sangat sebenarnya masuk Felo Muda Dakwah. pengalaman dan pembelajaran yang bukan mudah kita nak dapat secara free gitu. Pelbagai modul diberikan kepada kami antaranya :
1. Modul Perlembagaan
2. Modul Kepimpinan
3. Modul Disiplin
4. Modul Penempatan Kampung
5. Attachment Yadim operasi
6. Attachment bersama Yang Berhormat (YB)
7. Usrah
Pengisian setiap modul sangat banyak, Tak mampu den nak lontarkan melalui penulisan. Secara umumnya sis suka modul kepimpinan. eceh, bukan nak jadi pemimpinan tapi berminat perkara-perkara gitu. Alhamdulillah, disamping penceramah yang bagi pengisian tu semua mantop-mantop.
Usrah bersama Dr Asyraf Wajdi |
Modul Disiplin di Maktab Penjara Malaysia |
3 Bulan berlalu begitu cepat. Dan sekarang alahamdulillah Bijahmon diserap buat sementara waktu dibawah Sekretariat Felo Muda Dakwah. Dulu kita dijaga, sekarang kita menjaga Batch Felo yang terbaru ni. Lagi mencabar !! ada Bos terbaik di abad ini haha.
Ambil yang baik, yang tak baik kita jadikan sempadan dan teladan untuk masa hadapan. Semoga usaha dakwah kecil ini terus bercambah buat ummah diluar sana. Amin. #Istiqomah
Carta Organisasi terbaru : Masuk Bijahmon di situ |
Nak tahu berkaitan Felo Muda Dakwah, ni sis bagi gambaran sikit :)
No comments:
Post a Comment