January 18, 2015

UKM : GADIS MELAYU VS K-POP



Berikutan isu sebaran gambar-gambar GADIS MELAYU BERTUDUNG dilihat berpelukan bersama artis K-POP menjadi bualan hangat masyarakat hari ini.

Mungkin ada segelintir pihak berpandangan bahawa isu berpelukan itu tidak menjadi satu masalah besar. Namun, apabila difikirkan dari sudut agama Islam sendiri yang mengharamkan persentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram secara tidak sengaja. Saya menekankan berkaitan agama Islam kerana gambar-gambar yang tersebar semuanya melibatkan gadis yang bertudung dan pastinya mereka ini beragama Islam. Sememangnya perbuatan sebegini tidak berlaku dan amatlah memalukan apabila maruah seorang gadis dibiarkan begitu sahaja tanpa adanya perasaan malu dalam diri.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh wanita khususnya para mahasiswi UKM agar bijak mengawal emosi antara minat dan taksub. Korea, lebih 80% remaja wanita sukakannya termasuk diri saya. Namun, kita yang diberi akal dan punyai iman dalam diri harus bijak mengawal persekitaran. Jangan biarkan persekitaran mengawal diri kita sehingga sanggup gadaikan maruah diri. Tepuk dada, tanya iman.


Jangan lupa untuk terus berdoa buat mereka yang ditimpa musibah banjir.



"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"

SITI NOR BAHIJAH MOHD ZAKI
NYDP II
PMUKM 14/15

No comments: