February 26, 2012

Kelebihan berkata الحمد لله


بسم ا لله الرحمن الرحيم


alhamdulillah, diberi nikmat hari ini untuk terus bernafas di bumi ALLAH swt ini..
sahabat pembaca, hari ini ana ingin berkongsi satu ilmu yang ana dapat beberapa hari lalu di suatu majlis ilmu..

iaitu, KELEBIHAN BERKATA ALHAMDULILLAH ::


1. Allah SWT sahut.
* Nabi SAW bersabda : apabila seseorang hamba berkata , "Alhamdulillah", Allah pun berkata;
(hambaku telah berkata benar. pujian itu memang untukku)

2.Allah SWT redha.
*Rasulullah SAW bersabda : "sesungguhnya Allah akan redha hamba yang memakan sesuatu
makanan seraya memujinya di atas (kurniaan) makanan tersebut, atau meminum sesuatu 
minuman seraya memujinya di atas minuman tersebut"

3.Lebih baik dari isi dunia.
*Rasulullah SAW bersabda : tidaklah Allah memberi apa-apa nikmat ke atas seseorang hamba
lantas dia berkata "Alahamdulillah"..melainkan sesungguhnya apa yang dia berikan kepada
ALLAH itu lebih afdhal daripada apa yang telah dia ambil (terima)"

4.Hanya Allah tahu ganjaran.
*Rasulullah SAw bersabda : "kalaupun dunia dan segala isinya berada dalam genggaman seorang
lelaki daripada umatku, maka beliau berkata "Alhamdulillah",
nescaya "alhamdulillah" lebih afdhal daripada semua itu



ilmu dari : ustaz Dr. rosdi ismail


*semoga diri sentiasa istiqomah melakukan sesuatu yang diberkati ALLAH SWT

2 comments:

Unknown said...

alhamdulillah (^______^)
ana dah folo enti~

Cahaya gembira said...

syukron jazilan