December 27, 2014

ERTI SEBUAH KEMATANGAN



Bismillahirrahmanirrahim..

"Jangan pandang belakang terlalu lama"

Alhamdulillah, masih bernafas diri ini. Masih berpeluang menghirup udara segar masih dapat menatap indahnya ciptaan Ilahi masih dapat merasa nikmatnya hidup bersyukur, bersabar dan bertawakal kepada Nya :)

meniti jalan kehidupan yang jauh berbeza dengan dahulunya. Kadang suka, Kadang dukaa. "tengok tuh! macam budak-budak lagi" "matanglah sikit wei". terkena penangannya. Matang tidak semestinya kita tidak boleh keanak-anakan. Itu subjektif dalam kehidupan. Terasa sudah cukup matang, tetapi bila timbul masalah sikit baru tahu tahap kematangan itu dalam posisi dimana. Tapi, takkan kita nak serius 24 hours kan =_='

Cara inilah yang dapat menggembirakan hati sendiri. Senyum. Terharu dengan mereka yang selalu mengambil berat soal kematangan diriku ini.

22 Tahun. dewasa dah tu. Sudah tentu fikiran dan tindakan cukup matang tahap A plus. Tak terasa pada diri. Apa yang penting, diri ini mampu menerima dan memikul tanggungjawab yang ada kini. No matter what they say. I know myself better then u . smile . Cuba luaskan pemandangan kita kepada skop yang lebih luas, pasti kita merasa apa itu erti hidup.

Dan kini, Insan ini mulai berubah secara perlahan. Sedang cuba untuk menimba pelbagai pengalaman dan sempurna fikiran untuk mengendali hidup di titian agama yang benar yakni Islam. Islam itu bukan sekadar agama tetapi Islam itu adalah segalanya. Proses mematangkan diri kini berjalan. kematangan itu perlu dicari dan dibina bukan sekadar menunggu. (lagi satu, matang itu bukan hanya fikir nak kawin. senyum)

Aku yang Sekarang, bukanlah yang dulu.
Kuatkan diri dengan kuatkan pergantungan kepada Allah.
Memikul sekali lagi amanah. Jawatan bukanlah segalanya, tapi mungkin dengan jawatan dan amanah ini dapat menjadikan kita matang dan terbuka.
Mencari sinar senyumanku yang dahulu. redakan kemarahan. Aku juga ingin Bahagia.
Aku harus kuat kerana Allah swt. Senyum

Amanah kali kedua, cuba ku laksanakan sebaik mungkin. Walau kuantiti sedikit dan kecil. Cuba bekerja seperti SEMUT : Walau kecil tetap bersemangat dan degil dalam melakukan kerja. Alhamdulillah, ada teman sekerja yang memahami untuk sama-sama membantu ke arah merealisasikan amanah ini. Moga Allah tuntuni jalan kami ini. Allahummamin

Road To Diet2015










Cahaya Kegembiraan

July 23, 2014

UKM : KRONOLOGI KEHIDUPAN MAHASISWA

2012- Tahun menjejaki bumi UKM. Hati dipenuhi rasa debaran, gembira, suka dan duka. Pelbagai perasaan bercampur baur selaku Mahasiswa Baru. Dulu hanya impian di awangan, tanpa disangka ketentuan Allah swt itu amat indah dengan menetapkan masa depan ku amat dan bakal melakar memori bersama UKM.
Alhamdulillah. Kenangan bakal dipahatkan mulai itu.

Ditempatkan di Kolej Keris Mas, Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. 
Hari pertama bersama sahabat baru di Fakulti Pengajian Islam, Indah dan Bahagia mungkin.
Pelajar Tahun 1, aku bersama rakan-rakan mengikuti segala aktiviti anjuran kelab-kelab dan persatuan-persatuan dalam UKM. Kami sangat aktif menyertai aktiviti yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Bahagia dan memberikan kami satu persekitaran baru dalam bersosial secara berhemah.
 
KENANGAN BERSAMA EXCO PMFPI

Tahun 2 menginjak. Aku dilamar menjadi salah seorang Exco dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Alhamdulillah, menerima lamaran tersebut dengan tujuan ingin menimba pengalaman berorganisasi sepanjang berada di UKM. Memang pelbagai perkara bahagia datang secara berterusan sehingga menyesakkan jiwa ---> akhirnya menjadi sedikit duka. Lamaran dari Jabatan Dakwah ku terima, dan dengan lembut daku menolak untuk memberi fokus kepada satu sahaja organisasi. Berlaku konflik. *Memori bersama mereka JPDK (Mendapat Anugerah AJK terbaik dalam kalangan Exco Jabatan Dakwah dan Kepimpinan) Alhamdulillah. Lamaran terakhir daripada Persatuan Anak Negeri Terengganu. Juga ditolak dengan lembut agar dapat menjaga hati semua pihak. Agar tidak digelar "Gila Jawatan ! Gila Kuasa" hehe.
Segalanya kenangan buat diri ini sebagai Mahasiswa baru.

Semestar Baru bermula dengan Nafas Baru.  
Pada bulan Oktober, 2013 - Menjadi salah seorang Calon Umum tahun 1/2 dalam Pilihanraya Kampus UKM. Mendapat pengalaman yang amat baru apabila ditarik bersama mereka untuk bertanding dalam PRK UKM. Alhamdulillah, kami Gabungan Mahasiswa diberi kemenangan !
Saat pengumuman keputusan, Sungguh debaran amat terasa !
KENANGAN SEWAKTU PRK UKM
Dan hari ini melaksanakan Amanah daripada undian dan kepercayaan oleh mahasiswa yang mengundi. Terima kasih kepada yang mengundi diri ini. Sungguh berlainan suasana menjalankan amanah dan tanggungjawab ini. Air mata terkadang jatuh bukan menunjukkan diri ini lemah, tapi ada kesakitan lain menyelubungi hati sepanjang berada bersama MPP PMUKM. 
Namun, Kemanisan dan kebahagian tetap mengiringi gerak kerja kami. Alhamdulillah, gembira dan sangat bahagia bersama kalian. 

Sebagai Biro Penerangan dan Komunikasi, aku cuba mengambil pengalaman dari jawatanku yang dulu di PMFPI. Rentetan hidup ku tidak lari dari Media. Terkadang hati tersenyum mengenangkan kehidupanku yang berhubungkait dengan dunia media. Sehinggalah, di Jabatan Dakwah, aku diberi Modul Komunikasi. *OK sekali lagi meneruskan legasi Media dalam hidup ni.

Hinggalah saat dan waktu ini juga, aku sedang berpraktikal dalam bahagian Komunikasi Korporat di jabatan Perkhidmatan Awam. Aturan yang ditentukan amat indah, terkadang aku pernah merungut keboringan, Namun inilah kelebihan yang aku miliki mungkin. Bersyukur dan Tersenyumlah wahai hati. 
Alhamdulillah, hari ini mempelajari lebih banyak info berkaitan Media Sosial di Peringkat Korporat.

Dalam masa berpraktikal, Tugas sebagai MPP tetap perlu dilaksanakan.
Hari ini memikirkan Manifesto yang telah dijanjikan. Alhamdulillah aku ingin langsaikan segera perjanjian ini. Tidak sabar ingin menjadi Mahasiswa Biasa. menghitung hari. Aku bersyukur kerana bisa mempelajari segalanya dari sahabat-sahabat MPP yang lain. Dari mereka aku belajar Profesional, dari mereka aku mengenal erti Ukhwah, dari mereka aku cuba bersabar, dari mereka aku tahu ertinya kesakitan, dan dari mereka aku mengecapi kebahagian. Aku Bahagia dalam Pasrah 

GAMBAR KENANGAN :
MANIFESTO YANG DIJANJIKAN

KENANGAN BERSAMA IBTISAM STUDIO

ISU DI BAWAH PMUKM

PERJUMPAAN SEMUA MPP

HEHE^^

KABINET PMUKM 2013/2014


Coretan Hati : 11:53 Am : 23.Julai.2014 : Rabu : PASKOM