December 27, 2013

Untuk Awak Dan Untuk Saya :')


Untuk awak dan saya.
Ye, status ini khusus hanya untuk orang-orang yang bujang macam saya 


*p/s: Orang yang dah kahwin tak boleh baca ye!*
---
Duhai muslimah.
Seringkali kita gusar andai jodoh lambat tiba.
Tetapi ia sebenarnya, suatu ruang dan peluang yang cukup besar Allah berikan kepada kita.
"Kenapa?"
Sebab, ia membuka satu peluang yang lebih besar untuk kita bertemu dengan sang soleh.
"Macam mana tu?"
Dengan syarat, kita yang harus lebih gandakan usaha mensolehahkan diri kita. 
Duduk semakin 'rapat-rapat' dengan DIA.
Mengadu dan menangis sepuas-puasnya dalam hening doa.
Sujud semakin sujud kepadaNya.
Makin berganda lagi usaha kita untuk mencantikkan diri dengan akhlak, masih ada ruang untuk kita padamkan segala dosa silam, masih ada masa untuk kita memperbaiki segala macam kekurangan.
---
"Saya tak layak nak dapatkan sang soleh."
"Tiadakah sang soleh yang sudi untuk saya?"
Cukup-cukuplah statment negatif macam tu.
Dan ia bukan satu angan-angan di siang hari, tapi ia perlukan suatu mujahadah yang cukup tinggi dalam diri.
Nak dapatkan suami soleh, sungguh bukan mudah.
Tapi, kalau dah dapat, kitalah wanita yang paling bertuah!
Bahagia dunia, selamat di akhirat 


---
*Jom terus mengislahkan diri.
Perbaiki akhlak dan peribadi, selagi mana Allah berikan kita ruang dn peluang untuk bertemu dengan 'sang soleh istimewa' tu 


*Insha Allah, suatu hari nanti kita akan tersenyum bahagia seperti pengantin ini.


Copy and Paste ^^

# Cahaya Gembira #



December 24, 2013

Majlis Penyampaian Watikah : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 13/14


[Majlis Penyampaian WATIKAH | Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2013/2014]

Pada tanggal 23 Disember 2013 (Isnin) Barisan MPP PMUKM telah menerima Watikah Perlantikan secara rasminya bertempat di Bilik Senat.

Disini, kami ingin mengucapkan setinggi – tinggi terima kasih atas sokongan, dan 
kepercayaan yang telah diberikan oleh semua warga Universiti,
Di mana telah memberikan peluang dan amanah kepada kami untuk menerajui PMUKM pada sesi kali ini. 
Kami percaya dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua 
yang terlibat, InsyaAllah, kitakan pasti mencapai matlamat dan 
hala tuju kita, tidak kira apa dan di mana jua.

{Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).}

"Bersama Mahasiswa Memacu varsiti"