January 18, 2015

UKM : GADIS MELAYU VS K-POP



Berikutan isu sebaran gambar-gambar GADIS MELAYU BERTUDUNG dilihat berpelukan bersama artis K-POP menjadi bualan hangat masyarakat hari ini.

Mungkin ada segelintir pihak berpandangan bahawa isu berpelukan itu tidak menjadi satu masalah besar. Namun, apabila difikirkan dari sudut agama Islam sendiri yang mengharamkan persentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram secara tidak sengaja. Saya menekankan berkaitan agama Islam kerana gambar-gambar yang tersebar semuanya melibatkan gadis yang bertudung dan pastinya mereka ini beragama Islam. Sememangnya perbuatan sebegini tidak berlaku dan amatlah memalukan apabila maruah seorang gadis dibiarkan begitu sahaja tanpa adanya perasaan malu dalam diri.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh wanita khususnya para mahasiswi UKM agar bijak mengawal emosi antara minat dan taksub. Korea, lebih 80% remaja wanita sukakannya termasuk diri saya. Namun, kita yang diberi akal dan punyai iman dalam diri harus bijak mengawal persekitaran. Jangan biarkan persekitaran mengawal diri kita sehingga sanggup gadaikan maruah diri. Tepuk dada, tanya iman.


Jangan lupa untuk terus berdoa buat mereka yang ditimpa musibah banjir.



"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"

SITI NOR BAHIJAH MOHD ZAKI
NYDP II
PMUKM 14/15

UKM : LEADERSHIP WOMEN MEETING

"I always did something I was a little not ready to do. I think that’s how you grow. When there’s that moment of ‘Wow, I’m not really sure I can do this,’ and you push through those moments, that’s when you have a breakthrough.” Marissa Mayer, CEO of Yahoo! "


Alhamdulillah, selesai Mesyuarat pertama bertempat di Teratak Prof Che Husna bersama MWISE (Muslim Women Science and Technology) yang terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Mesyuarat ini turut dihadiri "Ladies Group" daripada Turki dan Kyzystan.

Saya bersama Nur Hanis Ab Wahid dan Syimah Ibrahim telah dijemput untuk bersama-sama mencurahkan idea dan tenaga dalam menjayakan program yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti. Insya-Allah ini adalah salah satu perjalanan dan pergerakan saya sebagai NYDP Siswi PMUKM bagi sesi kali ini.
Terima kasih buat Prof Che Husna yang mana menjadi Tulang belakang utama dalam mengadakan program tersebut. Terima kasih juga kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk sama-sama berada dalam kelompok kecil ini yang bakal menjayakan program berkaitan "Women Leadership".
Next meeting insyaAllah.

"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"

‪#‎KepimpinanWanita‬ ‪#‎SiswiIntelek‬ ‪#‎PMUKM‬

SITI NOR BAHIJAH MOHD ZAKI
NYDP II PMUKM 14/15