March 19, 2014

MENGKRITIK DAN DIKRITIK

Menerima kritikan bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri selalu memarahi diri setiap kali selepas menunjukan reaksi apabila dikritik.
kritikan yang tidak betul tentunya. Reaksi yang sememangnya berniat untuk mempertahankan diri dan mahu memperbetulkan, tetapi kadangkala tanpa sengaja ia menjadi ter’over’. Mulut mengeluarkan keluhan panjang. Tanpa disedari terbawa-bawa menjadi umpatan. Akhirnya khusyu' dalam ibadah terganggu apabila merasa diri disaluti dosa sesama manusia.

Ah..... sikap yang perlu dihakis yang perlu banyak praktis.

Kata orang mereka yang sering dikritik itu adalah orang yang bekerja dan berfikir kerana orang yang diam tidak ada orang yang peduli. Orang yang suka mengkritik pula adalah orang yang punya terlalu banyak masa maka dia menghabiskannya untuk mengkritik orang.

Kata orang wanita paling reaktif apabila dikritik maka kalau lelaki yang bersifat terlalu reaktif mungkin perlu meneliti kembali dirinya.

Kata pepatah Cina orang yang memuji itu adalah musuh kamu dan orang yang mengkritik itu adalah teman sebenar.

Kata ulama syukurlah apabila kita dikritik kerana mungkin itu adalah cara Allah menyampaikan pengajarannya untuk mendidik hati kita. Sekurang-kurangnya didikan untuk bersabar sekiranya kritikan itu tidak betul.

Kata ulama kritikan adalah teguran yang hanya boleh dibuat setelah membersihkan niat dan lakukannya dengan penuh hikmah dengan tidak merasa diri lebih baik dari orang yang ditegur.

Kata pakar motivasi pemusnah utama dalam sesuatu hubungan dengan orang lain ialah kritikan. Teknik untuk memenangi hati orang lain ialah dengan mengelakkan dari mengkritik. Sakit yang paling menyakitkan oleh orang yang sensitif adalah apabila dikritik. Sifat yang paling sukar untuk ditanamkan adalah menerima kritikan dengan positif. Kemahiran dan ilmu yang sangat penting untuk kita miliki adalah teknik berkesan memberi dan menerima kritikan.

Kritikan sebahagiannya berasal dari prasangka maka kata Rasulullah saw.

“Berhati-hatilah kamu dari berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Apabila melihat sesuatu perkara, manusia yang berjiwa kecil lebih cenderong menafsirnya daripada sudut negatif, maka menjadilah ia sebagai prasangka.Prasangka buruk melahirkan sikap buruk yang lain iaitu riak, ego dan pemarah yang membawa kepada perbuatan fitnah dan mengumpat.

Peringatan Rasulullah saw:

"Sebaik-baik manusia ialah yang menahan lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain."


Bagi mempertahankan diri, kita sering melanggar apa saja termasuk hak sahabat yang perlu dijaga maruahnya. Kita mengintai-intai perlakuan dan percakapan pihak lawan dan membuat gambaran dalam kepala yang dia sedang mengutuk kita. Lalu kita mengubah dan menokok tambah kata-kata sebenar dari pihak lawan tanpa menyedari kita sedang mencipta kebohongan dan fitnah.

Hati menjadi panas dan fikiran dibodohi oleh diri sendiri. Jiwa menjadi kelam kerana terhijab dari cahaya kebenaran. Jiwa yang kelam mana mungkin dapat menerima hidayah Allah.


Kita biasa orang menyebut, “Panas aku dibuatnya.”

Dari mana panas itu datang kalau bukan dari iblis yang memang bersifat panas masuk ke dalam pembuluh darah kita. Kalau kita dapat bayangkan iblis itu wajahnya buruk dan menakutkan sudah tentu kita mahu dia keluar. Namun dengan jiwa yang sudah dikelami bukan saja takut kepada Allah terpadam malah takut dengan gambaran wajah buruk iblis yang yang sedang menggila dalam badan kita pun tidak ada. Ia ditukar dengan rasa enak melihat lawan kita lemah dan tersungkur dengan kata-kata kita.

Saya yakin sehebat manapun ilmu seseorang itu ia akan tersasar juga apabila orang lain takut mengkritiknya. Setiap kritikan walau mungkin tidak benar perlu difikirkan sebaik mungkin tanpa menyerang orang yang mengkritik sehingga ia takut menegur lagi yang akhirnya kita kerugian. Belum tentu apabila kita berjaya bertegang urat dengan orang yang mengkritik kita sebenarnya kita sudah menang. Apalah maknanya kemenangan yang begitu, Kita tidak tahu dalam kemenangan itu sebenarnya adalah malang yang ditimpakan apabila Allah berhenti memberi pengajaranNya buat kita.

Apalah yang ada pada ego kerana dengan kepintaran iblis ia disering disalah gambarkan sebagai maruah diri. Hakikatnya ia adalah riak yang menghapus amalan anak cucu Adam s.a.

Memang benar kritikan yang diterima dengan positf menjadi kunci utama bagi mencapai kejayaan dalam sebuah kehidupan.

APAPUN KRITIKAN ITU JUALAH YANG BAKAL MEMBINA JATI DIRI KITA KEARAH SESUATU YANG LEBIH BAIK.

MOGA ALLAH REDHA ^^
KEEP CALM AND SMILE

March 17, 2014

Satu Mimpi, Satu Janji


Lirik Lagu Realiti Insan - Santeekee

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh mesti

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rae
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Reff

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh mesti

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin memgapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti
2x

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2010/02/lirik-lagu-realiti-insan-santeekee.html#ixzz2wEMU0ZCR

March 15, 2014

MEMOIR AT UKM

Perjumpaan bersama Dato' Shahlan di Pejabat Perdana Menteri

MPP PMUKM . Kami Sikit tak matang >_<

SAHABATKU HINGGA KE SYURGA

March 12, 2014

KASIH SAYANG INI MILIK ALLAH S.W.T

Bismillahirrahmanirahim... Alhamdulillah

Coretan kali ini berkisar kehidupanku dengan seorang insan .
Mungkin aku beruntung kerana memiliki hati insan tersebut.
Mungkin jua diri ini cukup bertuah kerana dia sudi bersamaku menempuh segalanya bersama.

Pelbagai cerita suka duka tak lekang untukku ceritakan kepada dirinya.
ehem.. Saya sayang dia kerana Kasih Sayang ini titipan daripada sang Pencipta.

Dialah adik, dialah sahabat, dialah my buddy, bam bam saye !
"Tambahkanku Cahaya"

Suka duka kami bermula pada awal Semester ini.
Perkenalan kami membawa kepada keterikatan untuk sedia berkongsi segala kasih sayang. Ehee ^^
Walaupun sikap saya menjengkelkan, kuat marah, Tapi dia lain sikit , Ayu >_<

Adik,
seandainya ada yang mencemburui persahabatan kita,
biarkanlah.
kerana kita ada ALLAH s.w.t
Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Jangan jadikan mereka bersengketa dengan kita.
Teruslah bersahabat dengan mereka.
Positifkan diri.

Dapat Bam Bam dari adik >_<

Tangga Piano ^^

Tudung same, Dompet same
Sayang sahabat Smkanians saya jugak !
#Shahira
#Atikah
#Syimah
at Malacca


March 4, 2014

MUHASABAH DIRI



"Kawan memecut motosikal dengan cermat. Balik dari hospital.

Meredah jalanraya di malam hari. Gelap betul. Lampu jalan pun jarang-jarang kelihatan.

Aku membonceng di belakang.

Tiba-tiba di hadapan ada sekatan jalanraya. Ada polis.

Oh. Bukan. Ada kemalangan di hadapan. Sebab itu ada polis.

Kami sampai di tempat kejadian. Kawasan tu agak sunyi. Kenderaan pun jarang lalu situ.

Mungkin kami antara yang terawal tiba. Nasib baik ada abang polis trafik lalu.

Kawanku memberhentikan motosikal. Aku gigil sikit lutut. Tengok darah mengalir di atas jalan.

Penunggang motosikal ni. Macam kes langgar lari saja. Sebab tiada kenderaan lain di situ kelihatan. Motosikal je berderai. Penunggang dah nyawa-nyawa ikan. Kaki sebelah entah ke mana. Patah tulang.

Aku gagal menapak menghampiri mangsa. Gerun. Takut. Tak biasa. Tiada siapa nak tolong mangsa. Polis pun tengah sibuk hubungi ambulans dan kawal lalu lintas.

Kawanku meluru ke arah mangsa. Aku terpaku melihat dia memangku kepala mangsa dan meribanya. Perlahan-perlahan diajarnya mengucap syahadah. Mangsa tercungap-cungap mengucapkan sesuatu pada kawanku.

Tak lama kemudian, mangsa diam. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Kawanku mengambil sesuatu dari poket seluar mangsa. Henfon dan dompet. Ku lihat dia menekan-nekan fon tersebut. Dari dompet, dilihatnya IC. Kemudian, dia serahkan pada polis dan bercakap-cakap sesuatu dengan polis.

Datang ke arahku.

""Dia cakap apa dekat kau?"" Tergesa-gesa aku bertanya.

""Dia suruh aku balas mesej mak dia. Tadi, tengah dia bawa motor. Mak dia mesej. Baru saja nak reply, jadi macam tu.

Dia suruh aku balas pada mak dia, dia minta maaf atas segalanya. Dia dah belikan mee goreng untuk adik-adik yang kelaparan dekat rumah.""

Aku ke motosikalnya. Masih elok bungkusan mee goreng dalam raga motosikal.

""Kita tolong hantarkan. Jom."" Kawanku menarik tanganku cepat-cepat.

Start motor. Ikut alamat yang dia tengok di IC mangsa tadi.

Sampai di rumah mangsa. Kami serahkan mee goreng tadi kepada ibu mangsa. Ada empat budak kecil. Mungkin adik mangsa. Aku dapat rasakan mangsa betul-betul abang yang sangat baik.

Kawanku khabarkan berita duka pada ibu mangsa. Hampir nak pitam. Disambut deraian air mata.

**

Dalam perjalanan pulang, kami banyak berdiam diri. Aku lihat air mata mengalir di pipi kawanku. Aku pun sama.

Kawanku bersuara sayup-sayup kedengaran,

""Bila kali terakhir kau mohon maaf pada orang tua kau?""

""Bila kali terakhir kita mohon ampun pada Allah?

Sampai bila kita nak dingin pada Allah?""

Bagai tertusuk duri.

Esok belum pasti.
Mati itu pasti.

Kesudahan aku?

Kesudahan kita?

Siapa tahu.

Aku pun tak tahu."


sumber : UKM CONFESSION