October 17, 2012

Kuatkan Hati ~


* aku boleh lakukan..insyaALLAH..
tatkala perasaan menjadi tidak tenteram, ALLAH swt anugerahkan seorang sahabat buatku
syukron jazilan buat Hajar, seindah namamu, sebaik pekertimu..
menyuntik semangat buat diri yang lemah ini :')

......., Aku harus tabah dan kuat.......



October 12, 2012

khalifah ALLAH S.W.T





بسم الله الرحمن الرحيم


3 tanda...(mukmin,alim,takwa,jujur, dan ahli ibadah)

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1. Jujur dalam berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1. Merahasiakan ibadahnya
2. Merahasiakan sedekahnya
3. Merahasiakan ujian yang menimpanya

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.


"HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH"

Fikir-fikirkanlah...

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

October 6, 2012

four is empat.. ^_^

بسم الله الرحمن الرحىم

rindukan mereka.. kami sentiasa berempat..
ketawa..duka..sentiasa dikongsi bersama..

ukhwah kami kuat..insyaALLAH..

.. ^_^..
result pun masing2 cemerlang.alhamdulillah..

sangat bahagia bila teringatkan kenangan lalu..
berpisah kami buat sementara waktu di dunia ini..
insyaALLAH bertemu di syurga ..amiin >_<

ukhwafillah abadan abadaaa..
*cemburu dalam bersahabat amat manis


September 28, 2012

SAhabat Hingga Syurga ~


بسم الله الرحمن الرحيم

WINDU UMMI ABAH <3 br="br">

alhamdulillah, diberi kerajinan meng"update" blog setelah sekian lama ....

maklum lah, sudah menjadi pelajar universiti..huh!~
*cabaran melimpah ruah
*homesick :'(

okay..okay.. tak nak sedih-sedih..mood ceria jom!~
insyaALLAH..
La Tahzan InnALLAHha Maana ^__^

berada berjauhan dengan UMMI wa ABAH amat perit rasanya.
namun, keperitan berubah menjadi sesuatu yang manis apabila ALLAH swt menurunkan SAHABAT-SAHABAT yang baik buat diri ini ..

Alhamdulillah dapat melihat kebesaran ciptaan ALLAH swt di bumi KL.
Jenjalan bersama mereka ^_^ 
diberi kenikmatan hidup.. ALHAMDULILLAH..
syukur ya ALLAH..

KLCC :-)

Sahabat dari sekolah sehinggalah bersama di UKM ^_^

makan AMAT penting bagi kami..

^_^

# Fokus nak buat esaimen yang bertimbun2 .. jadi selamat bersawang kembalilah wahai blogku yer !~

September 26, 2012

MUSLIMAH ~ AURATMU WAJIB DIJAGA


 بسم الله الرحمن الرحيم..



SEKADAR PERKONGSIAN BUAT TATAPAN BERSAMA.
JOM PRAKTIK!~
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan perkara ini kepada saudara Muslim yang lain. Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....^_~

Sumber Dari : FB شوهدا موجهده
Syuhada Morris Abdullah

July 13, 2012

Alhamdulillah ^__^

subhanALLAH Alhamdulillah ALLAHuakbar ~
`titik permulaanku kian bermula'
tabahkan hati hambamu ini... *berjauhan dengan Ummi abah.--> :'(

apa pun.. alhamdulillah.. demi mendambakan cintaMU ya  RAbb :)

July 10, 2012

kErana cintakan DIA ,~~ istiqomah

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG <3






Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Robb kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap beristiqomah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita, mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan (di dunia)” (QS. Al Ahqaaf [46]: 13-14)


Cara-cara meniti ISTIQOMAH adalah sebagai berikut:

Pertama, memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar. Allah Ta’ala berfirman, “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ‘ucapan yang teguh’ dalam kehidupan di dunia dan di akhirat” (QS. Ibrahim [14] : 27). Makna “ucapan yang teguh” adalah dua kalimat syahadat. Sehingga, Allah akan meneguhkan orang yang beriman yang memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat ini di dunia dan di akhirat.

Kedua, membaca al-Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya. Allah berfirman yang artinya, “Katakanlah: ‘Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan al-Quran itu dari Robb-mu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (QS. An Nahl [16]:102)
Ketiga, berkumpul dan bergaul di lingkungan orang-orang saleh. Hal ini sangat membantu seseorang untuk senantiasa istiqomah di jalan Allah ta’ala. Teman-teman yang saleh akan senantiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam al-Qur’an disebutkan bahwa hal yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat adalah keberadaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah berfirman yang artinya, “Bagaimana mungkin (tidak mungkin) kalian menjadi kafir, sedangkan ayat-ayat Allah dibacakan kepada kalian, dan Rosul-Nya pun berada di tengah-tengah kalian? Dan barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (QS. Ali ‘Imran [3]:101)

Keempat, berdoa kepada Allah ta’ala agar Dia senantiasa memberikan kepada kita istiqomah hingga akhir hayat. Bahkan Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahwa doa yang paling sering dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah doa, “Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik ” artinya “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (HR. Tirmidzi, Ahmad, Hakim, dishahihkan oleh Adz Dzahabi, lihat pula Shahihul Jami’)

Kelima, membaca kisah Rasulullah, para sahabat dan para ulama terdahulu untuk mengambil teladan dari mereka. Dengan membaca kisah-kisah mereka, bagaimana perjuangan mereka dalam menegakkan diinul Islam, maka kita dapat mengambil pelajaran dari kisah tersebut sebagaimana firman Allah ta’ala yang artinya, “Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Huud [11]: 120)


July 3, 2012

mAwar bErduri ummi abah

 Dengan nama ALLAH yang MAHAPEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.

alhamdulillah, hari ini diberi kekuatan oleh ALLAH swt untuk berkhidmat sebagai seorang anak yang bercita-cita meraih "solehah"




umi : alhamdulillah, sejuk perut umi ..
*aku senyum meleret.
mak tok : nanti, ada la orang nak mari meminang ijah..
*aku senyum xada makna ^__^

dalam hatiku : alhamdulillah ummi, abah, mak tok,,.. ni hasil berkat doa seorang IBU..
terima kasih umi kerana melahirkan ijah :)
akanku hargai setiap titis pengorbananmu yang tak akan dapat terbalas dengan apa pun cara sekalipun.

alhamdulillah, dah setel kemas kawasan luar rumah..
pagi bangun terus pergi cabut rumput..bakar.. maaf rumput yer!~

kemas kawasan dalam rumah..
setiap pagi, inilah rutin harianku.. kemas ruang tamu,bilik tidur,kemaas dapur, basuh baju..

~pekerjaan yang ikhlas dapat mengembirakan hati ~

ini hasilnya setiap hari :
ruang lepak dan TV show

ruang tamu..done!

dApur ^__^

*tambahan... bilik tidur.. beri beri ku sayam <3


* dah setel mengemas rumah..
time untuk masak for my beloved ummi abah n adik sayang..
tunggu kepulangan korang semua.. sayang mereka kerana ALLAH swt

July 1, 2012

Mawar Suci Perindu Syurga ^,^


alhamdulillah.. masih diberi nikmat yang paling + amat besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..

alhamdulillah.. setelah diri yang kerdil ini pulang merantau..hehe ^__^ (merantau ler)
serta merta HATI ini menjadi lembut untuk menerima sesuatu yang ^_____^
alhamdulillah. aku amat amat bersyukur.. alhamdulillah ya ALLAH swt..

azam di awal BULAN 7..
ingin menjadi srikandi pendamba syurga ALLAH swt..
-anak solehah
-adik dan kakak solehah
-cucu solehah
-anak saudara solehah
-sepupu solehah ......
-Wanita solehah
-Isteri solehah (nanti)
-Pejuang islam solehah..
-MUJAHIDAH ^___^



coretan buat ummi wa abah :
ijah coretkan disini agar , ijah akan sentiasa ingat akan pesananmu yang amat amat menginginkan anakmu ini menjadi insan yang berguna buat ISLAM.. alhamdulillah, ijah sudah menemui cahaya yang benar benar dapat membawa ijah ke jalan itu..

pesananmu yang sering kuingat :
-solat 5 waktu dan baca Al-Quran
-baca selawat tafrijiyyah *alhamdulillah ketenangan semakin dirasai
-solat tahajud *masih ingin cuba untuk terus beristiqomah melakukannya..
-jadi anak solehah *alhamdulillah, sedaya upaya telah mendengar cakap ummi abah ^_^ .nak urut ummi selalu..
-solat hajat agar hidup ditemukan dengan sesuatu yang BAIK..insyaALLAH
- doa-doa segala yang baik..

ALHAMDULILLAH.. zikir-zikir penyejuk hati..
jom amalkannya ..insyaALLAH berkat hidupku dan hidupmu.. Amin..

~bahagia bila dapat berkhidmat untuk ummi dan abah :
-kemas rumah sewaktu mereka keluar menjari secoret rezeki buat kami anak anaknya.
-memasak agar dapat menggembirakan mereka.
-mengurus keperluan dirumah sewaktu mereka tiada dirumah ^__^
-mengurut ummi sayang *gembira teramat
-tak tidur dah lepas subuh !!~....soon..

alhamdulillah, hidupku di rumah menjadi amat bermakna , ummi dah kurang berleter apabila anak anaknya sudah berubah sikap MALASnya dulu ..alhamdulillah..

*pagi-pagi jom jadi suri rumah pendamba cinta ALLAH swt dan RASULULLAH saw..


June 10, 2012

Pondok Nurul Iman

alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi jari jemari ini peluang untuk menitipkan kenangan yang masih bersisa di PONDOK NURUL IMAN.. maha suci ALLAH swt

syukur kepada ALLAH swt kerana telah memberiku kekuatan untuk mendidik hati ini berserta hati adik-adik kecil agar cintakan ALLAH dan RASULNYA.. ALLAHUAKBAR!!~

di pondok kecil itulah , aku dididik dengan sifat sabar.
di pondok kecil itulah , aku dididik agar lebih kuat menghadapi dugaanNYA.
di pondok kecil itulah , hati ini mula terpaut dengan CINTA aku kepadaMU Ya ALLAH.

Ya Allah, titipkanlah rasa cinta ini hanya untukMu..
Ya Allah, pautkanlah hati dan jiwa ini hanya untukMu.
jika ini adalah yang terbaik buatku,
aku mohon Ya Allah, agar Engkau Redha dengan apa yang telah kami lakukan.
sesungguhnya aku amat mengimpikan sesuatu yang amat-amat aku harapkan..


Ya ALLAH, engkau pautkanlah hati aku bersama sahabat-sahabatku dalam menggapai halawatul imanMU.
satukanlah hati-hati kami. satukanlah jiwa-jiwa kami. ----> untuk terus bersujud kepadaMU..


BANGKITLAH ISLAM!! ALLAHUAKBAR!!

June 9, 2012

Kembalinya ROH kepada sang PENCIPTA



Disebut dalam sebuah riwayat, jika seorang itu nazak, mulutnya terkunci dan 4 malaikat akan masuk ke dalam jasadnya.

Malaikat Pertama masuk memberi salam sambil berkata : "Aku adalah yang diserahi rezekimu yang telah aku usahakan dari timur dan barat. Maka aku tidak mendapat sesuap adri rezekimu jika kamu sudah tiba saat untuk mati”

Malaikat Kedua masuk dengan mengucapkan salam dan berkata : “Akulah yang diserahi minumanmu, dari air atau lainnya. Aku mencari dalam bumi di timur hingga ke barat. Maka tidaklah aku dapati seteguk air untukmu ketika dekatnya saat mati”

Malaikat Ketiga masuk dan mengucapkan salam lalu berkata : Aku yang diserahi nafas-nafasmu. Aku mencari dari bumi timur dan barat. Maka tidak aku dapati satu nafas dari nafas-nafasmu”.

Malaikat Keempat masuk dan mengucap salam sambil berkata : “Aku yang diserahi dengan ajalmu, aku mencari di bumi timur dan barat. Maka aku tidak temui bagimu ajal walaupun satu detik.

Seterusnya Malaikat Katibin masuk dari arah kanan dan kiri. Malaikat sebelah kanan berkata : “Keselamatan bagimu, aku adalah yang diserahi amal kebajikanmu”. Maka keluarlah lembaran yang putih dan diberikan kepadanya seraya berkata : “Lihatlah kepada amalmu” Ketika ini dia rasa gembira dan riang.

Malaikat sebelah kiri pula berkata :”Keselamatan bagimu, akulah yang diserahi amal kejahatanmu”. Maka keluarlah lembaran yang hitam dan diberikan kepadanya sambil berkata : “Lihatlah kepadanya”. Ketika itu keringatnya mula mengalir....

Ketika hamba tadi berpusing ke kiri dan ke kanan untuk membaca lembaran, malaikat memegang lembaran dan mencampakkannya ke bantal kemudian ia kembali semula.

Setelah itu datang pula malaikat Maut. Di sebelah kanannya malaikat Rahmat dan malaikat Azab di sebelah kiri. Apabila roh itu sudah sanmpai ke kerongkong, maka malikat Maut mencabutnya. Jika ia termasuk orang bahagia, malaikat Rahmat akan memanggilnya sementara jika termasuk dalam kategori orang yang celaka, ia akan dipanggil oleh malaikat Azab.

Lalu malaikat membawa roh naik mengadap Allah SWT . Jika ia termasuk dalam golongan yang beruntung, maka Allah berfirman kepadanya : “Kembalilah kamu segera ke jasadmu, sehingga ia melihat apa yang ada pada tubuhnya”.

Kemudian para malaikat membawa roh tersebut ke dunia, mereka meletakkannya ke tengah rumah. Roh itu melihat siapa yang rasa sedih dan siapa yang tidak.

Seterusnya jenazah diusung ke kubur, Allah memerintahkan roh kembali ke tubuhnya sebagaimana sewaktu berada di dunia.

WALLAHUALLAM..
*semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan diredhaiNYA. amiiin yaALLAH..


June 1, 2012

~ B.E.B.A.S ~

update blog ~
nak buat pengumuman sikit.
dah BERHENTI kerja ^_________________^
senyum lebar-lebar.
mahu jalan-jalan sepuas-puasnya + mencari sesuatu buat HATI agar tidak lah LALAI sesangat ..

gudbye my beloved KEDAITUDUNG..


<<--- comelkan baby godek niey
            (senaman kepala korang yer)


*pengalaman jadi penjual tudung sangat --__-- dan ^__^


masa bersama keluarga sudah tibaaaaaaa ...eksaited..eksaited...
love u abah wa ummi

May 14, 2012

menunggu saat itu tiba ^_^


 salam sahabat-sahabat bloggerku ~ ^_^

di malam yang penuh syahdu ini , "cewah" ahaihai..


okaylah, sebenarnya update blog hari ni sebab tak sabar-sabar menunggu bulan REJAB..

*duk tengah menghitung hari <--- macam sedang menghitung hari diijabkabulkan (':



beberapa detik,jam,hari,minggu lagi bulan @ Rejab,Syaaban,Ramadan akan menjelma..


so, amacam korang? dah sedia untuk mantapkan iman? 


 tepuk dahi dan pipi, tanya dot..dot..dot "

#jom luangkan masa sejenak :-)








 sabda Nabi saw, berfirman Allah Taala:
“Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa.”
Dan sabda Nabi saw:
“Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.
Dan lagi sabda Nabi saw:
“Sesungguhnya seafdhal-afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud as. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”.





*baca lebih lanjut di bulan REJAB






# muhasabah diri ^_____^






April 30, 2012

mAnus!a






#doakan saudara-saudara kita di malaysia dan di negara2 islam yang ditindas kezaliman dan fitnah :'( dan juga saudara seagama kita di malaysia yang jauh dari agama. dan diri kita juga, semoga kuat menghadapi ujianNya.istiqomahkan hati kita semua ..insyaALLAH

April 26, 2012

majlis~ wida' ma'a mahabbah

hanya gambar dapat menceritakan segalanya
(-__-)

ust yahaya, cg hasan, cg zulkipli
geng pembesar :)


co,fatin,ina,tikah,hanan,azy,intan



ira.tin.pkah,ida,liza



mina,nisah,ain,naadia,muni,madi,nisa'














April 21, 2012

ADAB PAKAI CINCIN DAN DOSA MENYIMPAN KUKU PANJANG


DOSA MENYIMPAN KUKU PANJANG


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpa...n kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita 
tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..


PERHATIAN


ADAB MEMAKAI CINCIN CARA ISLAM UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN




Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu ...

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.



p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

credit : Harlina Binti Ahya Ulumuddin