November 24, 2016

HITAM PUTIH [UNIC]




Dosa itu meresah di jiwa 
Mengundang murka Yang Maha esa 
Musnah semua yang diusaha 
Sesat di dunia sementara 

Sangat gelisah di hati ini 
Jika tanpa redhaMu Ilahi 
Jiwa sunyi dan sepi 
Kerana Dia pemilik hati 

Tubna Ya Allah 
Wa nadimna Ya Rahman 
Wa raja’na ya Rahim 
Irhamna Ya Rabbana 

KeampunanMu yang dinanti 
Penyubur jiwa yang telah mati 
Membasuh nurani 
Hidupku kembali lebih bererti


* Lagu peveret musim ini. terbaik ah !
Muhasabah diri

Allah pasti akan menjaga mereka yg menjaga Allah.

November 23, 2016

FELO MUDA DAKWAH 5 SIRI 1/2016

Setelah lama blog berhabuk, hari ini tiba masanya sis bijahmon nak berkongsi suka suki kehidupan sepanjang menjalani latihan Felo Muda Dakwah sepanjang 3 bulan yang lalu. Lumrah kehidupan ada pahit dan manisnya. Yang pahit kita buang siap-siap sebab nak biar manis je terus berbuah indah dalam ingatan. Agar hasilnya jua semanis kurma. Eceh !

okay, tak mo citer panjang-panjang.

Kalau ikutkan hati awal-awal lagi tak nak gi pun Interview sebab masa tu tengah stress sangat tapi aturan Allah swt lagi indah. Semangat datang kembali, sanggup sewa kereta RM90 sehari kongsi dengan Yana Nana. Membazirnya sebab kereta elok parking dari pagi sampai petang. Kesnya interview hari tu seharian. Fuh bukan main lama. Proses penilaian ni FMD ni ada 3 bahagian.

Pertama : Penulisan (Boleh rujuk al-Quran)
Kedua : Hafazan (alhamdulillah dapat Surah Ad-Dhuha)
Ketiga : Tazkirah dan Temuduga Panel (perkongsian tentang cinta dan alhamdulillah berjalan lancar cuma kena tegur part resume) 

Felo Muda Dakwah Batch 5
Lepas interview, lega gila tapi tak rasa macam akan dapat sebab banyak masalah jugak kan kita dah buat. tapi rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah dapat panggilan dari Tuan Khamis "Jah gem, tahniah" Sepanjang tunggu keputusan tu sis kerja kat Little Caliphs Besut ( Dah ekksaited sangat kerja as a teacher) Tapi rasa nak tukar angin makanya terima untuk jalani latihan Felo Muda Dakwah.

okay berbalik kepada topik asal,seronok sangat sebenarnya masuk Felo Muda Dakwah. pengalaman dan pembelajaran yang bukan mudah kita nak dapat secara free gitu. Pelbagai modul diberikan kepada kami antaranya :


1. Modul Perlembagaan
2. Modul Kepimpinan
3. Modul Disiplin
4. Modul Penempatan Kampung
5. Attachment Yadim operasi
6. Attachment bersama Yang Berhormat (YB)
7. Usrah

Pengisian setiap modul sangat banyak, Tak mampu den nak lontarkan melalui penulisan. Secara umumnya sis suka modul kepimpinan. eceh, bukan nak jadi pemimpinan tapi berminat perkara-perkara gitu. Alhamdulillah, disamping penceramah yang bagi pengisian tu semua mantop-mantop.






Usrah bersama Dr Asyraf Wajdi

Modul Disiplin di Maktab Penjara Malaysia
** Aktiviti sepanjang 3 bulan sangat banyak, gambar pon banyak. Jadi simpan dalam hati je la deh.

3 Bulan berlalu begitu cepat. Dan sekarang alahamdulillah Bijahmon diserap buat sementara waktu dibawah Sekretariat Felo Muda Dakwah. Dulu kita dijaga, sekarang kita menjaga Batch Felo yang terbaru ni. Lagi mencabar !! ada Bos terbaik di abad ini haha.

Ambil yang baik, yang tak baik kita jadikan sempadan dan teladan untuk masa hadapan. Semoga usaha dakwah kecil ini terus bercambah buat ummah diluar sana. Amin. #Istiqomah


Carta Organisasi terbaru : Masuk Bijahmon di situ

Nak tahu berkaitan Felo Muda Dakwah, ni sis bagi gambaran sikit :)